Tentang nasib, tentang hidup.

50 1 0
                                    

Ujian paling getir datang apabila kau mula mengecapi sedikit kemanisan dalam fasa hidupmu. Apabila punya sedikit kestabilan mengharungi hari, tanpa perlu struggle. Cuma malam ini sedikit membahang, dalam garis waktu dalam keadaan tidak menentu. Bersamanya, terkandung pahit resah khabar berita yang tidak menyenangkan.

Realiti hidup ini tak semuanya baik. Aku kini berada dalam petak hidup dimana sakit, hospital dan mati itu jadi sinonim: Sering bermain dipinggir bibir.

Sejujurnya yang aku risaukan sebenarnya bukanlah nasib hidup aku, tapi malaikat-malaikat bumi yang mengelilingi aku. Yang sepatutnya lebih layak menerima hidup ini dengan lebih baik.

Aku sedar akan hal ini, dan kerana itu aku tak mampu berbuat apa-apa.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang