Orang bilang, rindu adalah sayang yang tertunda, darab seratus ribu juta.
Atau hanya perkataan, bila dua hati berjauhan.
Orang bilang, rindu itu kiasan bahasa yang terindah, namun sebulat suara, bergulir rasa, tanpa prosa. Sebuah gambaran yang tak tergambar. Atau sebuah kota, yang sedang lumpuh bergelap semua kuasanya.
Orang bilang, mati dan hidup rindu itu terletak pada taman hati, di celahan huraian urat dan nadi. Permainan yang tertunda untuk para pemain tak lagi mahu memainkan atau dimainkan, kemudian berhenti mencari kemungkinan, demi kemungkinan.
Mungkin rindu itu cuma bahasa tuhan, yang bergema, lima kali setiap hari di pelusuk angkasa.
Dan aku sedang menunggu yang lebih besar dari itu.

KAMU SEDANG MEMBACA
Pagi, dan ritualnya.
PovídkyDengan tenang, itik berenang. Kalau lu cari bijaksana, memang tak ada. Nama pun "bijak-sana". Mesti la kat sana, kan? Kalau tak, memang gua dah lama petik "bijaksini".