Pada sebuah kedudukan.

163 9 2
                                    

Pasangan di hadapan aku tengah marah-marah. Ini kerana si pekerja restoran yang berketurunan india muslim itu tadi tak sengaja menumpahkan air kosong di mejanya, lalu menyebabkan seluarnya basah.

Ah! Nasib baik kedai mamak ni tak jual popcorn.

Dan mungkin kerana ego dihadapan pasangannya, dia mula memaki hamun dan mencekak baju pekerja tersebut, sambil memaksa ganti rugi.

Tiba-tiba, ada brader bangun dari sebelah dan cuba meleraikan apa yang berlaku di mata aku. Dia seluk poketnya dan beri 10 ringgit pada brader yang marah-marah tadi. "Hantar seluar dobi, kira settle masalah, dik." Katanya, sambil tersenyum.

Tapi brader marah-marah tu macam tak puas hati, sebab brader tu cuba bayar kesalahan si pekerja restoran itu dengan jumlah yang sedikit. Katanya, "Aney ni yang patut bayar sebab dia yang tumpahkan air kat seluar saya. 10 ringgit mana cukup untuk cover malu, bang."

Brader yang bagi duit tu senyum.

"Mulanya saya nak sedekah 10 ringgit tu untuk dobi seluar saja, dik. Ye lah, kita kan sama agama dan bangsa. Tapi sekarang ni bila awak cakap macam tu, 10 ringgit tu adalah harga maruah yang awak campak tadi bila awak tak pandai tunjuk hormat pada sesama insan."

Fuh! Nyaris aku nak karate meja.

Terus aku rasa macam tengok cerita drama swasta. Secara otomatik, aku toleh kiri kanan. Kot-kot lah ada kamera tersembunyi, siapa tahu.

Brader dengan makwe dia terus belah dengan muka tak puas hati. Si Anney restoran tu terus salam terima kasih kat brader 10 ringgit, dia hampir menangis sebenarnya.

Kemudian, aku terfikir.

Ye lah, datang duduk negara orang, kena tipu dengan orang tengah, pasport kena pegang dek majikan, terpaksa kerja 18 jam setiap hari tanpa cuti, tempat tinggal pun berhimpit-himpit. Tidur tak pernah cukup. Makan nasi dengan kuah dhal sahaja. Itu tak termasuk kena marah, kena maki, kena ugut atau kena pukul dek orang orang macam brader tadi.

Ah! Habuk masuk mata pulak.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang