Pergi, mati.

101 3 0
                                    

Kau jadi lah apa yang kau nak jadi: Belati atau picagari. Yang mengelar menyakiti atau menyuntik segeluk empati. Terpalit seribu warna: Dari biru, bertukar hitam, menjadi emas dan kemudian gangsa. Namun, kembali hitam. Buat mereka arak dan agungkan, jadikan ia sebuah piala untuk para jaguhan ranjang sang petualang, sampai habis berlendir celah-celah kelangkang. Habis hutang lelahku hilang, lintang pukang ditelan peduli, kali ini. Rungkai hidup, simpul mati. Tuntas habis bayaran diri, hambar singgah menyelubung bayang-bayang sendiri. Terpekik terlolong, siakap senohong, gelama ikan duri. Kalau tak faham kau akan lemas dalam teka-teki, nerakamu sendiri. Mereka cuma mahu jawapan yang masih tidak pasti. Buat bukti, kata nista buat para pencelaka, yang terkumpul mengumpul menjadi jelaga kehabisan warna. Jadi sayang, jadilah apa yang kau mahu jadi. Untuk esok dan juga hari ini.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang