Menyalari rasa.

133 7 0
                                    

Lewat malam.

Dalam riuh kedai mamak, ada waktu untuk pengakuan. Airmata jadi cagaran, dan manis perkataan jadi bayaran untuk sesebuah perbuatan, seolah cubaan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dengan sekelumit kejujuran. Lalu sehabis mahu kau ambil peluang itu, untuk membuat pengakuan demi pengakuan tentang dirimu yang tak pernah tenang, tentang pincangnya dan gelapnya jalan untuk kembali. Dan of course, the eternal question of "Sampai bila mahu jadi begini?"

Tapi kau dan aku hanya menjual waktu, hanya mengharap pada seseorang disisi, untuk tinggal dan peduli, untuk mendengar satu demi satu cerita kita walaupun sentiasa dikhianati dengan kebebalan dan ketidakpedulian.

Kita sebenarnya sama, tapi atas kesamaan itu, terbit jurang perbezaan yang paling nyata.

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang