Cerita.

62 2 0
                                    

Kau pernah dengar tak cerita seorang gadis kecil dan seorang tua di tepi pantai?

Begini. Satu petang, seorang tua sedang berjalan di tepi pantai dan dia terjumpa seorang gadis yang sedang mengutip tapak sulaiman dan mencampakkannya semula ke laut. Dia jadi pelik, lalu dia bertanya kepada si gadis, kenapa dia berbuat begitu.

"Aku perlu buat ini kerana jika tidak, tapak sulaiman itu akan mati." Katanya, dengan tona sedikit risau.

Lalu orang tua itu ketawa. "Kenapa kau sanggup menyusahkan diri kau, sedangkan masih beribu tapak sulaiman di tepi pantai yang tak diselamatkan? Apa ertinya?"

Gadis itu berkata perlahan.

"Yang satu tadi sudah cukup bererti."

Nota tepi: Gadis tu tak ada kena mengena dengan penulis lirik "Diriku Tapak Sulaiman".

Pagi, dan ritualnya.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang