Dahlia keluar daripada biliknya seusai menunaikan solat subuh. Dia kemudian mengatur langkah ke meja makan. Kelihatan ibubapanya sudah pun berada disitu.
"Assalamualaikum,Ibu,Ayah."
"Waalaikumusalam." Jawab mereka serentak.
Dahlia terus duduk di kerusi bersebelahan dengan ibunya. Puan Humaira menatap muka anak daranya yang sedang menceduk sedikit nasi goreng ke dalam pinggannya. Laju tangannya mengusap lembut pipi gebu anaknya itu.
"Kenapa,sayang?"
Tersentak Dahlia mendengar soalan ibunya. Wajahnya dipaling menghadap ibunya. Sayu melihat mata ibunya yang merenung ke dalam anak matanya sendiri. Dahlia mengeluh sebelum menjawab.
"Ana.... Ana mimpi abang. Ana menyesal Ibu. Kalaulah Ana tak pergi ke photoshoot malam tu,kalaulah Ana tak pernah terlibat pun dengan semua dunia modelling ni,, mesti abang ada lagi sekarang ni. Makan sekali dengan kita."
Sejurus selepas meluahkan rasa, Dahli tertunduk malu. Malu dengan dirinya sendiri! Tanpa disedari, air mata jatuh jua daripada tubir mata. Esakkan ditahan. Dia tidak mahu meragut mood keluarganya pada pagi yang indah itu.
Puan Humaira merenung anaknya dengan wajah yang tenang. Memang tidak dinafikan, Dahlia bodoh dalam membuat pilihan ketika itu. Hatinya juga diragut sayu mengenangkan perubahan demi perubahan yang berlaku terhadap anaknya.
Dia masih ingat lagi. Selepas abangnya dikebumikan, Dahlia terus pengsan. Dibawanya jumpa doktor lalu doktor mengesahkampn bahawa Dahlia mengalami penyakit kemurungan.
"What? Apa maksud doktor anak saya mengalami kemurungan?" Tanya Encik Adam, Ayah Dahlia kepada Dr Izzah.
"Begini encik,anak encik telah menerima tamparan yang sangat kuat dan menyebabkan dia mangalami tekanan perasaan. Adakah dia baru sahaja kehilangan orang yang sangat disayanginya?" Tanya Dr. Izzah.
"Ya. Abangnya baru sahaja meninggal dunia."
"Adakah Dahlia ada kena mengena dengan kemalangan tersebut?"
"Hurmm.. Abangnya yang selamatkan dia. Kalau abangnya taj menolak Dahlia ketepi jalan,mungkin dia yang kehilangan nyawanya." Jelas Encik Adam dengan suara yang mendatar.
Ouh.. Wajarlah dia sering menyalahkan dirinya sendiri.
Detik hati Dr. Izzah seraya memandang sekilas Dahlia yang sedang duduk memeluk lututnya.
"Beginilah, kalau encik ingin sembuhkan dia,encik takkan mampu. Encik dan isteri hanya mampu membantu dengan memberikan sokong or membuat apa-apa yang mampu membuatkan Dahlia lupa akan kesedihannya. Lagi satu, emosi Dahlia sedang berada ditahap kurang stabil. Harap encik bawa bersabarlah ya dalam menghadapi kerenahnya. Dia mungkin akan cepat melenting tak tentu pasal dan menangis bila dia mahu. Elakkan daripada membawanya ke tempat-tempat yang boleh mengingatkan pesakit kepada kesedihan yang dialaminya. Banyakkan aktiviti bersama agar dia tiada masa untuk mengingati kesedihannya. Buat dia marah memang bukan cara yang baik,tetapi ia banyak membantu dan boleh menyebabkan pesakit meluahkan perasaan." Terang Dr. Izzah panjang lebar.
"Ibu,Ibu okey? Maaf Ana buat Ibu sedih,bu. Ana anak yang jahat! Ibu, maafkan Ana,bu."
Suara Dahlia menghentam gegendang tellinga Puan Humaira Dan mengembalikan dirinya ke alam nyata. Mata ditunduk apabila melihat Dahlia sedang mengucup tangannya. Tangannya mengusap lembut rambut coklat ikal milik anaknya.
"Siapa kata Ana anak yang jahat? Ana anak Ibu yang baik tau. Ana anak Ibu yang berani mengaku salah." Ucap Puan Humaira kepada anaknya. Cuba memujuk.
"Eh, abang ni. Jangan la nangis juga. Susah saya nak memujuk dua orang sekali gus." Kata-kata Puan Humaira menyababkan sekeluarga itu tergelak. Termasuk Dahlia.
Alhamdulillah..
Ucapnya dalam hati dikala melihat senyuman yang terbit daripada bibir nipis anaknya.
"Ana, Ayah nak tanya. Tapi, kalau Ana tak nak jawab biarkan je okey?"
Dahlia merenung ayahnya dengan sebelah keningnya terangkat. Tanya je la. Dah kenapa kena minta izin aku bagai? Pelik. Pelik. Detik hati Dahlia.
"Okey."
"Urm, Ana nak stop buat modelling ke?" Tanya Encik Adam dengan berhati-hati. Risau akan mengguris hati anaknya. Dahlia berfikir sejenak sebelum menjawab.
"Mana ada stop. Ana buat lagi. Tapi tak seaktif dulu la. Sekarang nak terima job Ana check dulu.Kalau pakaian muslimah Ana buat. Kalau bukan, Ana tolak." Jawab Dahlia tenang.
Kesan kejadian itu lebih mendalam terhadap Dahlia. Dahlia mula menukar penampilannya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dulu,dia freehair. Gemar menayang-nayang rambut ikal coklat semula jadinya itu. Tetapi sekarang dia mula mengenakan hijab. Macam-macam fesyen boleh dibuatnya memandangkan dia sememangnya seorang fasionistar. Baju-baju yang dulunya terdedah sana sini masih dipakai tetapi dia membuat agar baju-baju tersebut lebih menutup aurat dan sopan. Menjadi seorang model di usia muda menjadikan Dahlia sangat mahir dalam berfesyen. Dia juga yakin dengan diri sendiri.
Alhamdulillah.. Dia lupa pasal abangnya.
Bersyukur Puan Humaira dan suami. Dia berusaha bagi mengalih perhatian anaknya itu daripada terus mengingati mimpinya.
"Malam ni jangan lupa ya,sayang. Ada dinner dengan kenalan Ayah."
"Okey. Photoshoot Ana sampai puku 7. Nanti Ana terus ke rumah kenalan Ayah tu ye? Ayah WhatsApp alamat."
Encik Adam mengangguk dan mereka keluar ke tempat kerja masing-masing kecuali Ana yang akan ada photoshoot pada tengah hari.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomantikDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...