Dahlia mengenakan baju nikahnya yang berwarna putih bersih itu. Make-up akan dipakai sekejap lagi oleh kenalan Datin Maya. Sedang dia menilik-nilik baju dibadannya, pintu bilik persalinannya diketuk. Kelihatan seorang wanita berusi lewat 30-an memasuki bilik tersebut ditemani oleh Datin Maya dah Puan Humaira.
"Ni ke pengantin perempuannya,datin?" Tanya wanita yang tidak dikenali namanya kepada Datin Maya.
"Hak-a,Zikah. Ni lah dia. Bakal menantu saya." Jawab Datin Maya dengan nada yang sangat gembira.
"Eih. Lawa sangat. Muka flawless. Putih melepak-lepak. Senang kerja saya,datin. Make-up tak payah tebal-tebal." Puji Zikah melihat kecantikkan Dahlia.
"Tapi,muka dia macam pernah nampaklah. Macam model. Siapa nama dia ekk?" Penyataan Zikah menyebabkan Dahlia berpeluh. Alamak! Jangan dia kenal aku sudah. Doa Dahlia dalam hati.
"Hurm. Tak ingat la datin. Body menantu datin ni pun macam model. Hihihi." Usikkan itu membuatkan Dahlia menarik nafas lega. Nasib baik tak ingat. Dahlia bersyukur dalam hatinya.
"Bila nak start make-up? Takut lambat siap pula." Tanya Puan Humaira. Risau jika anaknya tidak siap sebelum majlis akad bermula.
"Anak akak ni 10 minit boleh siap,Kak. Muka tak payah make-up tabal-tebal. Cukup letakkan foundation, eye-shadow and mascara. Eyeliner pun tak perlu letak sebab mata anak akak ni memang dah bulat." Sempat Zikah menerangkan kepada Puan Humaira sambil tangannya ligat mengaplikasikan foundation kepada muka Dahlia.
Selepas Zikah pergi, Puan Humaira mendekati anak perempuannya. Pelik melihat air muka anaknya yang sedikit mendung. Tangannya mengusap lembut kepala Dahlia yang dibaluti tidung satin berwarna putih dan lace.
"Kenapa,Ana? Hari ni Ana nak nikah kan? Kenapa muka mendung je Ibu tengok?"
"Err. Ana... Ana teringat abang. Dulu abang yang beria-ria nak tengok Ana nikah. Pakai baju putih bersih macam princess. Sekarang, Ana dah pakai macam ni, abang pula yang tiada." Jawab Dahlia sambil menunduk. Air mata yang mula bertakung ditubir sedaya-upaya ditahan. Puan Humaira mangeluh kecil.
"Ana. Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah,sayang. Walaupun jasad abang tiada menemani Ana,tapi Ana kena ingat. Abang selali menemani Ana. Di sini" Pujuk Puan Humaira sambil menunjukkan terus ke hati Dahlia. Dahlia tersenyum hambar mendengar pujukkan ibunya.
"Iya lah,Ibu. Ana lupa. Ana harap abang dapat tengok Ana diijab kabulkan."
"In sha Allah,sayang. Ibu pasti abang sedang memerhatikan Ana daripada jauh." Selepas itu,mereka berpelukkan. Pada masa yang sama Datin Maya masuk. Tersenyum melihat adegan tersebut. Datin Maya mengambil tempat di sisi Dahlia.
"Ana. Mama minta maaf kalau Adh buat perangai. Kalau Adh tiba-tiba melenting tak tentu pasal, Ana banyakkan bersabar ye. Adh memang kebudak-budakkan sedikit. Kadang kala manja mengalahkan bayi. Kadang kala strict macam papanya. Luaran Adh sememangnya kelihatan tegas Dan mungkin menakutkan. Tetapi, percayalah Ana. Adh sebenarnya seorang yang penyayang. Cuma dia malu hendak menunjukkan rasa sayang dia tu." Datin Maya menasihati bakal menantunya. Dia berharapan tinggi untuk melihat anaknya Dan bakal menantunya bahagia. Dia dapat merasakna bahawa Dahlia sememangnya jodoh yang ditentukan untuk Fayyadh. Dahlia hanya mengangguk. Ego setinggi gunung Everest. Kutuk Dahlia dalam hati.
"Majlis dah nak dimulakan. Mari." Ajak Puan Humaira. Dahlia bangun dari atas katil dan berjalan menuruni tangga.
********************
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...