Dahlia menuruni tangga menuju ke dapur. Niatnya ingin menyediakan sarapan memandangkan dia tiada urusan pada pagi itu. Nak masak apa ekk? Fikirnya sejenak. Dia memetik jarinya apabila mendapat idea ingin menyedaiakan apa pada pagi tersebut. Haa! Nasi goreng kampung. Nyum. Sedang dia seronok memasak nasi goreng kampungnya, Dahlia disegah daripada belakang.
"Haa! But apa tu?!" Sergah Kak Zetty. Dahlia berpusing dan tindakkan refleksnya menyebabkan pipi Kak Zettynya hampir dilempang. Dahlia menghembus nafas lega kerana dia sempat menghentikan tndakkannya. Zetty juga membulat matanya. Kedua-dua tangannya diangkat separas kepalanya.
"A... Ana. Ni akak la." Cakap Zetty dengan nada gugup sedikit. Terkejut dengan tindakkan refleks adiknya. Dahlia menurunkan tangannya.
"Akak ni. Tu la. Sergah orang lagi. Terkejut Ana. Kalau perompak memang Ana dah lempang,tahu?" Dahlia kembali melihat masakkannya. Zetty mengaluh kecil. Salahnya juga menyergah birasnya itu. Dia kemudian tersengih sebelum mengusik birasnya.
"Awal pengantin baru turun?" Tanyanya dengan sengihan nakal. Dahlia memandang Kak Zetty.
"Sibuk je akak ni." Jawabnya. Terasa muka Dahlia tebal berinci-inci. Zetty tergelak melihat wajah Dahlia yang mula kemerah-merahan. Lalu,dia mengambil tindakkan untyk berhenti menyakat isteri adik iparnya.
"Masak apa? Sedap je bau?" Tanya Zetty mengalih topik sambil menjeling kedalam kuali.
"Masak biasa je,kak. Nasi goreng. Ingat nanti nak buat roti bakar pula. Takut ada yang tak makn makanan berat pagi-pagi." Dahlia menjawab sambil mengangkat nasi gorenv yang sudah siap dimasak until dihidangkan ke meja makan. Zetty hanya mengekor Dahlia sehingga tiba di mwja makan. Kelihatan Datin Maya turun diikuti dengan Razin dan Raziq.
"Morning." Sapa Dahlia mesra. Datin Maya tersenyum melihat menantunya yang sudah siap menyediakan sarapan.
"La.. Susahkan Ana je. Kan, Mak Timah ada? Kenapa Ana sediakan juga sarapan?" Tanya Datin Maya sambil mengambi tempatnya. Bimbang dia akan menyusahkan menantunya.
"Tak susahlah,mama. Senang je. Simple je menu. Nasi goreng. Kalau tak biasa makan berat, Ana ada buat roti bakar." Dahlia berkata sambil tangannya ligat menyusun balang-balang jem agar kelihatan kemas. Razin dan Raziq mengambil tempat disisi Datin Maya.
"Papa mana,ma?" Tanya Zetty.
"Ada kat bilik bacaan dia. Uruskan hal pejabat sikit." Jawab Datin Maya sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya. Sesuap dimasukkan kedalam mulutnya. Matanya membulat. Dahlia pelik melihat reaksi Ibu mentuanya.
"Kenapa,mama? Tak sedap ke? Terbalik gula dan garam ke?" Tanya Dahlia sedikit cemas. Datin Maya tersenyum lalu menggeleng.
"Sedap sangat,sayang. Mana Ana belajar masak? Ibu ajar?" Dahlia mengangguk. Seketika kemudian, Puan Humaira turun bersama Fayyadh. Dahlia melemparkan senyuman.
"Selamat pagi." Ujar Puan Humaira sambil mengambil tempat disebelah Zetty. Fayyadh pula mengambil tempat disebelah Dahlia. Dahlia bangun Dan mencedokkan sedikit nasi goreng kepada ibunya. Dan seterusnya kepada suaminya. Fayyadh mengangguk sedikit tanda terima kasih. Dahlia mengambil roti bakar lalu disapu jem blueberry. Roti bakar itu disapa ke mulut. Fayyadh memandang pelik.
"Aria tak makan nasi ke?" Tanyanya. Dahlia tersenyum lalu menggeleng. Puan Humaira tersenyum melihat mereka.
"Ana memang tak makan makanan berat pada waktu pagi. Kalau tak,nanti dia muntah." Fayyadh mengangguk faham. Take lama kemudian, terdengar suara-suara lelaki lewat 50-an. Encik Adam dan Dato Rafiq sedang berbual-bual sambil menuruni tangga. Mereka trerus mengambil tempat di meja makan.
"Haa. Ana? Ana ada apa-apa event tak hari ini?" Tanya Encik Adam. Dahlia mengangkat wajahnya memandang bapa ayahnya.
"Nothing. Semua Ana dah settlekan semalam. Kenap,yah?" Tanya Dahlia kembali ke Encik Adam.
"Elok sangatlah tu. Nanti pergi beli peralatan sekolah. Sesi persekolahan nak mula." Cakap Dato Rafiq. Dahlia terkejut.
"Hak-a. Ya Allah! Ana lupa. Hmm. Nak kena balik Pahang dah la." Cakap Dahlia. Sambil mengunyah roti bakarnya.
"Nope,no need. Ana akan stay here. Sekolah kat sini." Kenyataan yang diutarakan oleh Puan Humaira menyebabkan Dahlia tersedak. Fayyadh segera memberikan Dahlia air kosong dan menggosok sedikit belakang Dahlia.
"What?! Nobody informed me that yet." Kata Dahlia. Raziq tergelak kecil melihat Dahlia.
"Isteri pelu ikut suami. Adh duduk sini, Ana kena la duduk sini juga. Tempat seorang isteri itukan disamping suami?" Sempat Raziq menasihat adik iparnya itu. Dahlia memandang ibu dan ayahnya bersilih ganti.
"Ibu dan ayah bagaimana pula?" Tanya Dahlia. Suaranya kedengaran sedikit cemas. Encik Adam dan Puan Humaira tersenyum melihat anaknya.
"Ibu dan ayah perlu balik ke Perak. Akan bertolak malam ni." Mata Dahlia membuntang. Melihat anaknya diam, Puan Humaira menyambung. "Kalau rindu, boleh Skype,WhatsApp,wechat and Instagram. Bukan susah pun. Lagi pun, selama ni Ana duduk kat Pahang tu seorang diri boleh pula? KenaKenapa sekarang tk boleh?" Tanya Pun Humaira sengaja mengenakan anaknya. Dahlia menggaru kepala yang tak gatal.
"Err.. Kat sana Ana dah biasa. Kat sini Ana baru lagi." Jawab Dahlia sengaja mencari alasan. Dia tidak mahu rahsianya tentang dunia mafianya tergugat.
"Tak apalah. Biasakan diri. Suami Anakan tinggal sini?" Pujuk Encik Adam pula. Dahlia terdiam sekejap. Kemudian, perlahan-lahan kepalanya diangguk.
"Tapi,Ana masih perlu pulang ke Pahang sebentar. Baju-baju Ana banyak Ana tinggal."
"Okey. Esok Ana balik denagn Adh ye? Tinggal di sana 3 hari. Mama nak renovate bilik you all biar besar sikit dan tambah almari lekat. Biar baju-baju Ana banyak boleh muat." Ujar Datin Maya dengan gembiranya. Tidak sabar ingin memulakan projek deko-deko buat bilik anaknya. Fayyadh hanya mengangguk. Walaupun dia tidak berapa gemar dengan cadangan mamanya,dia tetap turuti. Ingin tahu bagaimana bentuk rumah Dahlia yang berada di Pahang.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...