Chapter 62

15.6K 574 2
                                    

Redza dan Hakim pelik melihat Fayyadh yang tersengih-sengih apabila melihat telefon pintarnya. Entah apa yang lucu sangat mereka tak tahu.

"Bro, kau okey tak?" Fayyadh tidak mengendahkan pertanyaan Hakim. Making lebar pula sengihannya yang terukir. Redza menepuk kuat bahu Fayyadh menyebabkan Fayyadh melatah kuat dan telefon pintarnya sedikit melambung. Nasib baik sempat tangkap.

"Weyh! Dah pakat-pakat nak aku jalan awal ke?!" Marah Fayyadh. Telefonnya diambil a
dan ditatap kembali. Sengihan mula terbit...kembali.

"Parah kawan kita ni,Kim. Entah apa yang buat dia tersengih-sengoh macam kerang terlebih busuk ni." Kutuk Redza. Harapnya Fayyadh memarahinya seperti selalu. Fayyadh terus-terusan dengan aktiviti menyengehnya. Langsung tak terkesan. Terkejut Redza dibuatnya.

"Seriously?! Dia tak terasa langsung?!" Tanya Hakim terkejut. Matanya juga membulat. Mereka saling berpandangan.

"Bro!" Panggil mereka kuat sambil menepuk bahu Fayyadh. Serentak! Terkejut Fayyadh.

"Haish,korang ni! Memang nak aku mati kejung kat sini ke?! Nak apa?! Kacau line betul,lah!" Marah Fayyadh. Sebelum dia menyambung aktivitinya,Hakim merampas telefon pintar rakannya itu.

"Bro, tak lawak. Bagi balik phone aku." Arah Fayyadh tegas. Marah apabila perbualannya dengan 'kesayangan' diganggu oleh 'langau-langau yang tak bertauliah' ini.

"Before that, kau bagitahu aku apa pasal kau dok tersengih-sengih? Jujur la aku cakap. Aku dah mula meragui kewarasan kau,bro." Redza menaikkan keningnya. Teringat perkara itu,Fayyadh tersengih lagi.

"Subhanallah! Aku tanya dia boleh pula tersengih-sengih balik? Meh aku hantar masuk wad Dahlia terus." Ujar Redza lagi. Mendengar nama 'dia' disebut,makin lebar lagi sengihan Fayyadh. Persis orang gila!

"Allahu akbar!" Hakim dan Redza sama-sama mengurut dahi masing-masing. Apa kena dengan kawan aku seorang ni?

"Bro, kongsi la. Kau ada masalah ke sampai gila semacam ni?" Pujuk Hakim pula. Risau juga sahabatnya itu over depressed sampai mereng semacam. Mendengar hal itu, Fayyadn tergelak kuat. Hakim danRedza memandangnya pelik.

"Ketawa pula? Sah! Kim,esok kita register masuk."

"Aku setuju!"

"Hehehe. Yela,yela. Aku cerita. Aku jatuh."

"Kemudian kepala kau terhantuk then kau jadi gila!" Serkap Hakim. Fayyadh mengangguk perlahan.

"Seriously?! Dah jumpa doktor belum?!" Tanya Redza risau. Fayyadh tersengih lagi.

"Dah. Tapi, lagi gila aku sebab jumpa doktor tu." Balas Fayyadh dengan suara sedihnya.

"Weyh! Doktor mana kau jumpa ni?! Bukan boleh percaya sangat. Entah-entah doktor palsu tak?"

"Hello! Dialah doktor terbaik,tahu?"

"Daktor apa terbaik sangat tu sampai buat kau lagi gila?"

"Isteri!"

"Huh?" Hakim dan Redza berbalas pandangan.

"Yelah. Aku jatuh cinta. Aku jumpa isteri aku sebab dia yang jadi penyebabnya. Masalahnya,lepas jumpa dia alu jadi lebih gila!" Balas Fayyadh dengan tawanya yang besar.

"S**t! Kau tipu kitaorang?!" Marah Redza.

"Taklah. Aku jawab soalan korang dengan jujur lagi." Balas Fayyadh seraya menyambung kembali aktivitinya. Redza dan Hakim menepuk dahi sahaja melihat telatah Fayyadh yang kembali tersengih-sengih.

*******************************

"No,she's not." Dalilah berbisik. Misya mengeluh kecil mendengar kata-kata Dalilah.

"Yes,she is."

"Did she know already?" Misya menggeleng.

"Belum lagi. I akan beritahu dia selepas I balik Malaysia."

"Okey." Tiba-tiba terasa bahu Dalilah direntap kasar.

"Is that true?" Misya dan Dalilah sama-sama terkedu mendengar suara itu. Kedua-dua menoleh memandang empunya suara. Ryan.

***************************************

"Kenapa muka awak macam tak senang duduk je?" Tanya Syasya pada Mike. Mike mengurut dahinya. Tertekan! Syasya mengurut bahu Mike perlahan.

"Ceritalah pada saya." Biaik Syasya. Mike menarik Syasya sehingga wanita itu jatuh pada ribaannya. Syasya tersenyum menggoda.

"Esok anniversary Fayyadh dengan Dahlia. Tu yang saya stress sikit." Kata Mike. Syasya mencebik apabila mendengar nama Dahlia.

"Jujur,saya tak faham kenapa ramai sangat suka dia! Awak pun! Boleh tak kongsi kenapa awak tergila-gilakan sangat perempuan tu?!" Mike tergelak besar mendengar komen Syasya tentang Dahlia.

"Dahlia Ariana. Wanita yang sangat cantik. Kulit putih kemerah-merahan. Mata bundar. Hidung mancung. Bibir pun merah bak delima dan terbentuk cantik. Body jangan tanyalah. Model tu! Tu luaran je. Dalaman,dia baik sangat. Dia..." Berdesing telingan Syasya mendengar segala kesempurnaan yang dianugerahkan untuk Dahlia.

"Dia baik sangat dan tak layak untuk orang jahat macam awak!" Tempelak Syasya. Mike tersengih kecil.

"Mungkin. Tapi,lagi elok daripada awak yang kejar Fayyadh sebabkan harta dia." Tembak Mike kembali sambil bangun. Tubuh Syasya ditolak sebelum melangkah pergi.

"Dahlia,Dahlia,Dahlia. Aku jauh lebih cantik lah!" Marah Syasya. Terus dia mengambil sebuah album lama yang tersimpan rapi pada rak. Muka surat ke 28 dibuka. Mempamerkan gambar mereka sekelas pada mereka berada di tingkatan 5. Wajah Dahlia ditenung lama. Dulu,dia sering juga bergosip dengan Dahlia. Paling sadis apabila dia menjadi pelajar pujaan sekolah disebabkan kesempurnaan yang dimiliki. Cantik, pandai dalam akedemik serta aktif dalam sukan dan kokurikulum. Dahlia menjadi puteri atlet sekolah.

Dendamnya bermula sejak dia mendengar perbualan Dahlia bersama Amira suatu ketika dulu. Dia mendengar segala pengakuan Dahlia dari mulut Dahlia tentang statusnya dengan Fayyadh. Dia sudah lama mencintai Fayyadh. Sangat! Dialah yang mencanang cerita tentang kehamilan Dahlia pada Fayyadh. Dia sengaja mencucuk jarum. Alasannya,bagi meruntuhkan masjid mereka.

"Aku akan rampas Fayyadh daripada kau,Dahlia! Aku janji!" Azamnya.

**************************************

"Betul ke ni,doktor?!" Tanya Dahlia sekali lagi bagi mendapatkan kepastian. Doktor Salina tergelak melihat reaksi Dahlia. Dia hanya mampu mengangguk sahaja.

"Congratulations, Lea!" Ujarnya seraya memeluk Dahlia.

"Thanks,doc! Thanks!" Dahlia mula menitiskan air mata kesyukuran. Ya Allah! Tak sabarnya nak beritahu Fayyadh.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now