Chapter 81

17.8K 684 67
                                    

Fayyadh terkaku. Dahlia terkedu. Perlahan-lahan Dahlia melepaskan pelukan Azam dan membiarkan tubuh Azam jatuh dari kerusi keatas lantai. Darah likat mengalir daripada belakang kepala Azam.

"Maaf,bang." Ujar Syasya menangis ditepi abangnya. Pistol yang digunakan untuk menembak abangnya terlepas. Tubuh kaku Azam dipeluknya.

"Maafkan Syasya,bang! Maaf!" Syasya terus menangisi pemergian Azam. Fayyadh mendekati Dahlia lalu memeluknya. Dahlia juga membalas pelukkan itu.

"Angel! We need to bring Kim to hospital ASAP!" Jerit Firash lantang. Sebelum melangkah pergi, Dahlia menoleh memandang Syasya.

"Go! Just,go!" Arah Syasya. Dahlia mengeluh sebelum juga melangkah pergi.

******************************

"Doc! Please!" Rayu Dahlia. Doktor Izhar mengangguk sebelum memulakan tugasnya. Bilik pembedahan mejadi hala utama.

"Sorry,u need to stay here." Ujar jururawat itu menghalang Dahlia daripada memasuki bilik itu. Dahlia menekup mulutnya dan jatuh melorot. Badannya disandar pada dinding. Disitu dia menangis teresak-esak.

"Ya Allah,kau selamatkanlah anak aku,ya Allah!" Dahlia berdoa. Fayyadh sayu melihat keadaan isterinya. Tipu joka dia tidak tekesan. Anaknya yang sedang bertarung nyawa didalam itu. Anaknya! Fayyadh memeluk Dahlia kejap. Menyalurkan kekuatn. Dahlia juga membalasnya.

"Dia akan selamat." Pujuk Fayyadh.

"Awak pasti?" Dahlia mendongak. Fayyadh tersenyum.

"In shaa Allah. Tengok siapa papanya. Berjiwa kental diwarisi daripada papanya,tahu?" Fayyadh Cuba bergurau. Dahlia tidak mengendahkannya.

"Angel?" Dahlia menoleh memandang Firash. Pelukan pada Fayyadh dilepaskan. Dia memeluk anaknya.

"Yes,Carl?"

"He gonne be okay." Ujar Firash yakin. Dahlia mengangguk. Air matanya diseka oleh Firash. Firash terus mencium kedua mata Dahlia.

"In shaa Allah,sayang."

4 jam menunggu. Akhirnya,lampu pada bilik bedah bertukar hijau. Dahlia segera bangun mendapatkan doktor Izhar.

"Doc! How's my son?!" Tanya Dahlia cuak. Doktor Izhar mengeluh dan menggeleng kecil.

"Allahuakbar!" Dahlia jatuh. Air matanya jatuh menimpa bumi.

"Ya Allah! Anak aku!!!" Dahlia meraung kuat. Air matanya masih murah mengalir.

"Sabar,sayang!" Fayyadh memeluk isterinya.

"Anak kita awak!! Anak kita!!!" Dahlia menangisi pemergian anaknya. Air mata jantan Fayyadh juga pecah. Pecah bersama jiwanya yang pecah disebabkan pemergian anaknya. Dahlia terasa kepalanya sakit. Sakit yang teramat sangat! Perlahan-lahan,andangan menjadi kelam dan gelap.

"Aria!!!" Fayyadh menangkap tubuh Dahlia yang terkulai.

"Fayyadh! Kenapa?!" Tanya Darween yang tiba bersama yang lain.

"Tolong,doktor!!" Terus Dahlia juga ditolak ke wad untuk pemeriksaan.

***************************

Fayyadh merenung sayu wajah isterinya yang masih belum sedarkan diri.

********** Flashback start ***********

"Kamu tahu tak Dahlia menghidap apa-apa penyakit?" Tanya Doktor Aisyah. Fayyadh mengerutkan dahinya. Dia menggeleng.

"Dahlia tidak pernah cakap apa-apa pun." Balas Fayyadh. Aisya mengeluh.

"Macam ni lah. Sejujurnya..." Fayyadh semakin tidak keruan.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now