"Hurm. Kenapa dengan Dahlia tu?" Tanya Fayyadh dengan nada malas.
"Tak de la. Cuma mama cakap yang dia tu rendah diri sangat. Sama macam Ibu Ayah dia. Yang pasal Tengku tu pula sebab dia tak pernah bagitahu kat orang yang dia berstatus Tengku." Jawab Datin Maya tenang. Diharapkan anaknya berminat untuk mendengar lagi tentang Dahlia lalu terbuka pintu hatinya untuk menerima Dahlia sebagai isterinya.
"Huh? Berstatus Tengku?! Nama dia bukan Dahlia Ariana je ke?" Tanya Fayyadh terkejut. Punyalah dia menganggap Dahlia tu orang biasa sahaja.
"Nama penuh dia Tengku Nur Dahlia Ariana binti Tengku Adam Harris. Kenapa? Terkejut yang bakal isteri Adh tu bukan calang-calang orang?" Dato' Rafiq menjawab pertanyaan Fayyadh sekaligus memerli anaknya.
Gulp! Aku ingatkan minah biasa je. Rupa-rupanya siap gelaran Tengku lagi.
"Jap jap. Tengku Adam Harris? Pemilik Cempaka Holdings Co. Tu ke?!" Tanya Fayyadh secara tiba-tiba.
"Hak-a. Tapi, papa rapat dengan dia sejak sekolah menengah lagi. Aik?! Tahu pulak Adh pasal rakan niaga papa?" Hairan melihat anaknya yang tahu tentang dunia perniagaannya. Selalunya anaknya yang seorang ni la yang paling liat bab-bab perwarisan syarikat.
"Urm. Abang pernah cerita pasal dia." Sengaja mencari dalih. Padahal dia sememangnya mengagumi syarikat itu. Bayangkan, sebulan sahaja boleh mengaut keuntungan sebanyak 300k. Selain itu, syarikat tersebut melancarkan syariat Islam dalam menjalankan perniagaan. Tiada unsur riba atau penyelewengan yang berlaku.
"Dah la. Adh nak naik atas."
********************
"Kenapa mama papa nak sangat aku kahwin dengan minah tu? Haish! Stress!!!"
"Adh~" panggil Datin Maya lembut.
"Haa.. Panjang umur mama ada kat sini. Kenapa mama papa sibuk sangat suruh Adh nikah dengan Dahlia ekk? Bukannya mama tahu true colour dia. Entah-entah dia nak kikis harta kita." Fayyadh memburukkan Dahlia. Datin Maya hanya tersenyum melihat muka anaknya yang sedang berfikiran negatif itu.
"Parents dia baikkan?"
"Tapi,mama. Iman dan kebaikkan tak boleh diwarisi. Keluarga je baik. Entah-entah dia tu jahat? Ha.. Takkan mama Adh nikah dengan orang macam tu?" Kata-kata Fayyadh menyebabkan Datin Maya tergelak kecil sebelum menjwab.
" Fayyadh.. Kalau Dahlia tu nak kikis harta kita, kenapa dia letakkan untuk tidak buat majlis secara besar-besaran? Dia nak buat yang wajib je? Bernikah je? Kenapa dia meletakkan hantaran hanya senaskah al-Quran sahaja walaupun dia boleh meletakkan hantaran beribu-ribu sedangkan papa mampu?" Kata-kata Datin Maya menyebabkan Fayyadh tersentak. What? Hantaran tu je dia minta? Biar betul?
"Lagi satu,Fayyadh. Buat apa dia nak kikis harta kita sedangkan Cempaka Holdings merupakan salah satu syarikat yang gah dipersada dunia? Stop judging people before u know them very well, Fayyadh. "
"Hurm. Okey la." Jawab Fayyadh menyebabkan Datin Maya gembira sangat. Dia lantas memeluk Fayyadh.
"Alhamdulillah. Thanks,sayang."
"Err.. Mama?" Panggil Fayyadh.
"Hurm? Kenapa,Adh?"
"Mama ada number Dahlia tak?" Permintaan yang tidak disangka-sangka itu menyebabkan senyuman dibibir Datin Maya bertambah lebar.
"Ada. Nak?" Tanya Datin Maya sekadar untuk mengusik anaknya.
"Dah orang mintak, mestilah nak." Jawab Fayyadh selamba.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...