Chapter 77

16.4K 612 35
                                    

Raf mendekati Irwan yang sedang elok bersantai sambil memakan pizza di apartmentnya.

"Haa. Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu esok tu?" Tanya Raf bernada malas. Tempat duduk disebelah Irwan dia ambil. Sepotong pizza juga dicapai sebelum duduk. Wajah Irwan dipandang sekejap.

"Aku dapat maklumat lagi tentang ketua Silver Rose."

"Ouh,ye? What is it?" Raf mula tertarik dengan bicara Irwan.

"Haa. Aku dapat tahu kerja dia jelah."

"Okeylah tu. Apa pekerjaan dia?"

"Dia seorang doktor."

*******************

"Ace! Kau okey ke tak ni?!" Jari Jake terus menjentik dahi Dahlia kuat. Terus Dahlia tersedar dari lamunannya.

"Huh? Ye,aku setuju!" Jawab Dahlia tiba-tiba.

"Setuju apa kejadah haramnya?" Jake terus memiat sedikit telinga Dahlia disebalik tudung yang dipakainya.

"Ouch! What was that for?" Tanya Dahlia mengusap telinganya dengan wajah cemberut.

"That was for zoned out when I'm talking to u." Kini, dahi Dahlia pula diluku.

Malangnya,terlambat sedikit tangan Jake. Dahlia menggenggam tangan Jake sebelum membantingnya. Jake tidak tinggal,dia membalas serangan daripada Dahlia. Tangannya yang dicengkam Dahlia diurai kasar sebelum mancangkuk kaki Dahlia agar jatuh. Dahlia yang jatuh menolak dirinya bangkit kembali sebelum abdomen Jake ditumbuk. Jake mencapai tangan Dahlia yang menumbuknya lalu dipulas kebelakang.

"Ouch!"

"Enough!" Mendengar arahan itu,terus Jake melepaskan pergelangan tangan Dahlia sebeum menolak tubuh Dahlia kehadapan. Dahlia mengurut pergelangannya. Matanya memandang Zack.

"Dah kenapa? Bukan tak biasa bertumbuk-tumbuk bagai."

"Banyaklah u. I tak kisah sebelum ni. Tapi sekarang,u tengah pregnant. Bahaya untuk baby in there. Fay pun ada pesan pada I sebelum dia keluar tadi."

"Sejak bila u menurut kata dia ni?"

"Sejak dia ugut tak bagi tengok anak buah I selepas dia dilahirkan." Balas Zack. Dahlia mengeluh.

"Haih. Yelah,yeah. I tak fight dah. U may go now."

"Jake,don't forget to ask her to take her vitamin,okay? I nak keluar sekejap." Jake menunjuk tanda 'okey' (👌) dengan tangannya. Zack keluar daripada gim itu. Suasana sunyi seketika apabila keduanya memandang kearah pintu.

"So,where are we just now?" Usik Jake. Dahlia tersengih membalasnya. Langkah kekudanya dibuka.

"Bring it on."

********************

"Syasya?" Panggil lelaki itu.

"Ya,abang?" Sahut Syasya. Lelaki itu sayu melihat keadaan adiknya yang kini lumpuh separuh badan. Semua ini gara-gara dos yang diletak Darween terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh badannya.

"Budak-budak tu. Macam mana keadaan mereka?" Tanya lelaki itu. Syasya tersenyum tawar.

"Macam tulah. Banyak memberontak." Balasnya dengan nada meluat. "Sampai bila kita nak kurung mereka,bang? Menyampah la!" Rungut Syasya.

"Baru beberapa jam dah menyampah?" Tanyanya sarkastik. Syasya menjelingnya. Lelaki itu tergelak kecil."Sampai tiba masanya mereka terlepas." Lelaki itu mempamerkan senyuman sinis pula. Syasya memahami maksud senyuman itu.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now