Finally! Katilku! Akanku datang padamu! Detik hati Dahlia. Jam berjenama Baby-G miliknya dikerling sambil menapakkan kakinya keluar daripada kereta Mini Coopernya. 18:32. Lama betul aku jalan dengan dia. Macam-macam kerenah betul. Penat melayan. Memikirkan kejadian tadi membuatkan Dahlia mengukir senyuman. Teringat akan perangai Fayyadh yang kebudak-budakkan. Cerewet macam mak nenek. Sempat hatinya mengutuk Fayyadh.
"Ana dah balik? Masuklah. Kenapa tercegat kat luar tu?" Suara Puan Humaira menyentakkan Dahlia daripada lamunannya. Dia memandang Puan Humaira sambil melangkah kearah ibunya itu. Tangan ibunya disalam.
"Nothing,Ibu. Just think about the supplier this morning." Sengaja Dahlia berdalih. Malu jika ibunya tahu dia sedang memikirkan Fayyadh. Mereka beriringan memasuki villa. Tiba diruang tamu, kelihatan Encik Adam yang sedang meneliti sesuatu daripad iPad nya.
"Ayah?" Ujar Dahlia sambil menyalami tangan ayahnya.
"Haa. Dah balik pun. Macam mana dengan tadi?" Tanya Encik Adam. Teruja ingin mengetahui perkembangan antara anak daranya dan bakal menantunya.
"Ouh. Alhamdulillah. Supplier tadi daripada syarikat P. Azam holdings masih nak jadi supplier for our company. Just, dia minta tingkatkan bayar...." Sebelum Dahlia sempat menghabiskan ayatnya, dia dipotong oleh Puan Humaira.
"Bukan pasal tu. Maksudnya, antara Ana dengan Adh la. Itu pun tak faham. Apa pandangan Ana tentang Adh?"
"Ouh. Pasal tu. Hurm.." Takkan aku nak cakap dia tu annoying? Confirm Ibu Ayah back-up punya.
"Dia,, okey la." Puan Humaira dan Encik Adam berpandangan sesama sendiri.
"Bagitahu Ibu apa dia dah buat?" Kata Puan Humaira.
"Jujur,sayang." Tegas Encik Adam pula.
"Dia..." Mata Dahlia memandang kearah Ibu ayahnya bersilih ganti sebelum menyambung. "Cerewet. Sangat." Ujar Dahlia perlahan. Encik Adam dan Puan Humaira hanya tergelak kecil dengat penyataan anak perempuan mereka.
"Dapat tak cari kesemua hantaran?" Tanya Encik Adam. Dahlia hanya mengangguk.
"Complete. Ana nak naik atas dulu ya? Penat seharian berjalan." Dahlia terus mengangkat punggung daripada sofa lalu berjalan kedalam biliknya.
Sesampai dibilik, Dahlia memasukkan kasut Stiletto berwarna hitamnya ke dalam laci kasut. Dia terus menyusun langkah ke arah katil lalu merebahkan dirinya ke atas katil besaiz queennya.
********************
Fayyadh memandang barang hantaran yang siap dibelinya dengan Dahlia semalam. Senyuman dibinir terukir . Mejoriti daripada barang tersebut adalah cadangan daripad Dahlia. Sengaja dia ingin menduga tahap kesabaran gadis tersebut. Pilihan Dahlia sememangnya the best among the best. Dia bukanlah secerewet yang disangka oleh Dahlia. Dia ingin melihat cara Dahlia bershopping. Dahlia sememangnya seorang yang teliti dalam membuat pilihan. Matanya beralih kearah kunci kereta. Sekali lagi senyuman terbit dibibirnya. Teringat disaat muka Dahlia yang terkejut apabila dia meletakkan kereta sebagai hantaran.
Tok! Tok! Tok!
Melihat mamanya masuk, Fayyadh terus beralih tempat bagi memberikan ruang kepada mamanya untuk duduk juga disampingnya. Datin Maya hanya tersenyum melihat anak terunanya.
"Adh okey?" Tanyanya sambil mengusap lembut kepala anaknya.
"Huh? Oh,okey je. Tak sangka taste Dahlia tu not bad." Bukan not bad je,the best lagi. Gumam Fayyadh di dalam hati. Mendengar pujian yang dilemparkan oleh Fayyadh menyebabkan Datin Maya menguntum senyuman.
"Apa lagi yang Adh tahu tentang Ana?" Fayyadh memandang Datin Maya dengan sebelah keningnya terangkat. Sejak bila mama panggil si Dahlia tu Ana?
"Diakan bakal menantu mama? So, mama perlu panggil dia dengan panggilan yang sama dengan Ibu Ayah dia panggil. Begitu juga bakal mentua Adh. Mereka dah start panggil Adh ,Adh." Datin Maya menjawab kekeliruan yang sedang bermain dibenak fikiran anaknya.
"Hmm.. Yela" Hanya itu yang mampu dijawab oleh Fayyadh. "Baju nikah so Dahlia tu dah fitting belum? Nanti ada juga yang kelam kabut." Fayyafh mengutarakan soalan itu kepada mamanya. Datin Maya tersenyum. Caring juga anak aku ni tentang bakal isteri dia. Kemudian dia menjawab.
"Dah siap dah,Adh. Tinggal Adh je yang belum fitting. Lambat betul anak mama ni,hurm??" Jawapan mamanya membuatkan Fayyadh terkejut.
"What?! She's done?! Kenapa dia pilih baju tanpa tanya pendapat Adh?! Sesuka hati je! Mana boleh membelakangkan Adh! Belum nikah dah membelakangkan Adh apa cerita?! " Bentak Fayyadh. Entah mengapa darahnya mendidih mendengar penyataan mamanya. Dia dah start membelakang aku?! Tak boleh jadi! Datin Maya terkejut melihat reaksi anaknya.
"Adh. Dengar cakap mama dulu." Datin Maya mengusap lembut bahu anaknya dengan niat hendak menenangkan amarah anaknya yang datang secara tiba-tiba. Melihat Fayyadh sudah tenang sedikit, dia memulakan bicara.
"Ana perlu ke Las Vegas bagi membentangkan kertas kerja dan laporan akhir sebelum break setahun,sayang. Adh kena faham kalau Ana tak ada ketika Adh fitting baju nanti. Adh tahukan tanggungjawab Ana?" Datin Maya cuba menenangkan anaknya. Nak nikah boleh pula dia pergi Las Vegas. Entah balik masa hari nikah entah tak. Timbul perasaan curiga terhadap bakal isterinya. Datin Maya dapat mengagak apa yang sedang bermain difikiran anak terunanya itu. Dia pantas menjawab bagi mengusir keraguan Fayyad terhadap Dahlia.
"Ana akan balik 2 hari sebelum nikah,sayang. Sampai Malaysia, dia akan terus ke rumah ni bagi membuat persiapan akhir. Jangan risau. Dia takkan lari." Datin Maya sempat memerli anaknya. Hatinya tenang melihat anaknya kini mula mengambil berat tentang Dahia. Akan dia buat sujud syukur nanti. Muka Fayyadh kelihatan lebih tenang.
"Err.. Mama? Abang datang tak,ma?" Tanya Fayyadh. Teringat akan ketiga-tiga orang abangnya. Datin Maya memikir sejenak sebelum menjawab.
"Zin dan Zid mungkin datang dengan isterinya. Tapi, Ryan mama tak sure."
"Ouh.. Okey."
--------------------
Okey. Macam mana chapter ni? Ingat lagi tak Ryan? Nak tahu apa jadi. Nantikan next chapter okey?
DJ<3
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomansaDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...