"Awak?" Panggil Fayyadh semasa Dahlia menuruni tangga hendak kedapur.
"Haa,kenapa?" Jawab Dahlia mengangkat muka daripada telefon pintarnya. Buat apa? Perhatikan syarikatlah!
"Awak selalu ke kedai mamak tak?" Dahlia kelihatan berfikir sejenak.
"Selalu juga. Kenapa?" Wajah kacak Fayyadh ditatap meminta sebab. Fayyadh tersengih mendengar jawapan itu.
"Sebab saya teh tarik (tertarik) dengan awak!" Balasnya gembira. Hidung Dahlia dicium pantas sebelum berlari menaiki tangga ketingkat atas. Bilik Dahlia.
"Apa?" Dahlia masih tercengang. "Dah kenapa dengan dia?" Dahlia menggaru kepalanya memikirkan apa masalah yang dihadapi Fayyadh sehingga menyebabakan Fayyadh sewel semacam pagi itu.
******************************
"Sengal!" Najwatul Aisyah menolak kecil bahu Raf. Raf tersenyum bahagia melihat senyuman yang terbit diwajah gadis itu.
"Betullah! Saya tak tipu!" Tegas Raf. Aisyah tergelak lagi.
"Ouh. Lepas tu,Raf?"
"Dahlia okey je. Dia boleh tembak lagi. Saya pun tak faham macam mana wanita pregnant masih boleh menembak setepat tu."
"Well, dia kan Ace. By hook or crook mesti tepatlah tembakkan dia." Puji Aisyah. Raf mengangguk setuju.
"Awak rasa dia sedih tak kalau dia tahu tentang sakitnya?" Kini Raf bersuara serious. Aisyah terhenti daripada terus gelak. Wajahnya berubah keruh.
"Entahlah,wak. Misya pun tak begitahu lagi dia tentang penyakitnya." Keluhan terbit.
"Fayyadh juga tidak tahu,bukan?" Aisyah mengangguk. Raf meraup rambutnya.
"Macam manalah kalau mereka tahu."
"Lagi satu." Raf memandang Aisyah apabila Aisyah menggantung bicaranya. " anak yang dia kandung tu...."
"No way."
"Yes way. Hanya tu je cara nak selamatkan dia. Dia harus jalani kemo tu. Dan,anaknya akan terjejas kalau tidak dibuang." Terang Aisyah.
Raf terkelu.
***********************
"Awak~~" Panggil Fayyadh berlagu. Dahlia yang sedang menonton televisyen memandang Fayyadh disebelah.
"Nak apa lagi?" Tanyanya bosan. Televisyen terus ditonton tanpa menghiraukan Fayyadh yang mengambil tempat lalu memeluknya dari tepi.
"Saya ada teka-teki ni." Dahlia mengeluh. Lagi? Semalam bukan main payah dia mencari kalkulator saintifik bagi menyelesaikan apa yang cuba disampaikan oleh Fayyadh.
"Again? Haih! Bosanlah!" Rungut Dahlia. Fayyadh mengelus pipi Dahlia lembut.
"Dengar jelah dulu."
"Hish! Yelah. Apa?"
"Ikan yu cintakan mata tak?"
"What?!" Muka Dahlia berkerut seribu. Soalan dari semalam gila. Sekarang pun gila juga? Haih! Dari planet manalah husband aku dapat soalan-soalan merapu tu?
"Saya ulangi soalan saya. Ikan yu cintakan mata tak?" Dahi Dahlia berkerut.
"Kalau ikan yu ada mata logiklah. Ni,cintakan pula." Bebel Dahlia. Fayyadh tergelak kecil melihat reaksi isterinya yang sudah seperti putus wayar memikirkan apa jawapan bagi soalannya.
"Jawablah cepat." Gesa Fayyadh. Dahlia menggaru kasar rambutnya.
"Gosh! Kalau macam tu,biar saya tanya awak balik. Ikan yu cintakan mata tak?" Sengaja hendak menduga. Mata Fayyadh kelihatan bersinar.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...