Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Pahang hanya memakan masa selama 4 jam penduan. Fayyadh yang sedang membuka radio ditenung oleh Dahlia.
"Perlu ke buka radio? Memekaklah!"
Jadikan malamkuuuuuuu,
Lebih indaaaah,
Jadikan siangku lebih teraaaang,
Biarkan bungaaku mewangi,
Selamanya,Fayyadh cuba menarik not yang tinggi tersebut menyebabkan suaranya bertukar sengau.
"Wei! Suara dahlah macam katak. Diamlah!" Marah Dahlia. Fayyadh hanya tergelak sakan disebelah mendengar kutukkan daripada Dahlia.
"Dah tu? Kau senyap je daripada tadi. Sibuk dengan iPad dia je. Aku kat sebelah tak layan. Better kau layan suami kau daripada iPad tu." Sindir Fayyadh. Dahlia menutup iPadnya dan memandang Fayyadh.
"Aku tengah check harga saham dipasaran la. Layan kau buat apa?" Sindir Dahlia pula. Fayyadh terus mengambil iPad daripada tangan Dahlia apabila dia ingin membuka iPadnya kembali.
"Hey!" Marah Dahlia. Fayyadh meletakkan iPad Dahlia di tempat duduk belakang. Dahlia merengus kecil tanda protes dengan tindakkan suaminya. Fayyadh tersengih memandang wajah Dahlia yang cemberut.
"Relax la. Aku mengantuk. Dah sejam lebih aku drive. Kau tak take over pun." Rungut Fayyadh. Dahlia tergelak mendengar keluhan tersebut.
"Kau nak rest ke? Switch la. Nanti kau tertidur, naya,beb." Dahlia menawarkan diri. Fayyadh menggeleng.
"Bukan aku nak switch. Kau cakap la something buat aku tak mengantuk."
"Hurm. Nak cakap apa ekk?" Dahlia mengetuk-ngetuk hujung jari telunjuknya ke dagu. Giliran Fayyadh pula terdiam.
"20 questions?" Cadang Fayyadh. Dia ingin mengetahui Dahlia dengan lebih mendalam. Dahlia mengangguk.
"Bring it on!" Dahlia menyuruh Fayyadh memulakan pertanyaan.
"Okey. Favourite colour?"
"Violet. Favourite dish?"
"Western food aku lebih prefer. Memang minat perniagaan ke?" Dahlia menggeleng.
"Nope. Sepatutnya abang yang take over. Tak minat nak ambil alih perusahaan papa ke?" Tanya Dahlia pula. Fayyadh juga menggeleng.
"Aku tak minat perniagaan. Kalau arwah Darween ambil alih, kau nak jadi apa?" Dahlia tersentak mendengar nama Darween yang terbit daripada mulut Fayyadh. Mana dia tahu tentang Darween?
"Err... Doctor maybe. Aku memang minat medical daripada dulu. Mana kau tahu tentang arwah abang aku?" Tanya Dahlia dengan sedikit perlahan. Fayyadh memandang Dahlia apabila mendengar perubahan intonasi yang digunakan oleh Dahlia.
"Ibu pernah cerita. Dia meninggal sebab accident kan?" Dahlia menganggu kecil.
"Hak-a. 7 bulan lepas rasanya. Kau ada berapa orang adik-beradik?"
"4. Kenap......" Tak sempat Fayyadh menghabiskan kata-katanya, Dahlia memotong.
"Stop kat sini. Bagi aku pandu pula." Fayyadh menurut sahaja. Mereka berhenti di bahu jalan dan keluar. Menukar posisis pemanduan. Kini,Dahlia pula yang memandu.
"Kenapa tiba-tiba?" Tanya Fayyadh apabila kereta mula bergerak.
"Jalan kat sini confusing sikit. Aku takut sesat." Ujar Dahlia tenang. Mereka mula memasuki kawasan berdekatan dengan pergunungan. Fayyadh melilau melihat pemandangan luar. Dahlia yang sedar reaksi Fayyadh terus membuka bumbung kereta.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...