10 tahun kemudian..
Fayyadh bangun dari silanya. Yaasin ditangan diberi kepada Firash. Tikar mengkuang dia gulung dan diikat agar senang dibawa.
"Jom,pa?" Ajak Firash. Fayyadh mengangguk dan memimpin tangan anaknya. Sebelum keluar daripada tanah perkuburan islam itu,dia menoleh sebenter melihat kubur yang dia kunjungi tadi. Keluhan kecil dilepaskan.
"Why,pa?" Tanya Firash setelah mendengar keluhan daripada mulut papanya. Fayyadh tersedar keterlanjurannya hanya tersenyum.
"Nothing." Balas Fayyadh. Firash menggelengkan kepalanya.
"I'm 17 now,pa. Don't think I'm stupid."
"No. I'm never think you're stupid,son. Just.."
"U miss her?" Fayyadh mengangguk. "Me too." Tambah Firash.
"Dah. Jomlah. Semua sedang menunggu." Ajak Fayyadh. Anaknya menurut sahaja. Mereka keluar daripada tanah perjuburan itu menuju ke kereta Ferrari milik Fayyadh.
"Lemme drive." Tawar Firash. Fayyadh menggelengkan kepalanya. Kunci dilambung dan dia berlalu ke tempat duduk penumpang. Firash menangkap kunci yang dilambung papanya mengambil tempat di kerusi pemandu. Lagak mereka sebiji macam kawan. Maklumlah. Beza umur hanya 17 tahun sahaja. Kini Fayyadh baru berusia 34 tahun. Muda,kan?
"Remember,Carl. This is not a race track." Pesannya. Anaknya bukan boleh percaya sangat. Bawa kereta macam berada didalam litar Sepang nun. Firash tersengih sebagai balasan. Kereta bergerak pulang kerumah mereka.
*******************
"Carl!" Jerit Misya. Firash memutarkan bebola matanya. Terus pipinya menjadi sasaran tangan Misya.
"Ouch!" Lantas dia mengusap pipinya yang baru dicubit tadi. "That's hurt! For real,okay?"
"Hish,yelah! Orang gurau pun tak boleh!" Misya menampar lembut bahu Firash.
"Aunty..."
"Subhanallah! Kan akak dah cakap! Panggil 'akak'!" Marah Misya. Dia sebaya Fayyadh,okey?! Mana boleh panggil 'aunty'!
"Yelah,yelah." Firash mengalah. Terus dia mengambil tempat disebelah Jake. Mereka bersalaman sebentar sebelum Firash menyambar sepotong pizza yang berada diatas meja d ruang tamu itu.
"SPM kau apa cerita?" Tanya Raf. Di sampingnya adalah isterinya,Doktor Aisyah yang juga memandangnya.
"Okey je." Balasnya malas. Bukan dia sombong atau apa, moodnya hilang sahaja. Terasa rindu pada si 'dia' terasa membuak-buak sekali.
"Straight A's student. Boleh la cerita." Usik Zack yang rasanya baru sudah mandi. Rambutnya yang masih basah dilap dengan tuala kecil.
"What's up?" Firash bangun dan bersalaman dengan Zack.
"Hidup lagi." Mereka ketawa bersama.
"Kau nak pergi California bila?" Tanya Fayyadh. Zack menoleh
"Minggu depan." Misya mengurut bahu suaminya itu. Bertemu jodoh juga mereka ni. Detik dihati Fayyadh.
"Awak!!" Rengek manja seseorang kedengaran. Mereka pantas menoleh dan kelihatan Dalilah yang sarat digendong oleh Darween. Dibelakang mereka kelihatan juga Syafiq yang datang bersama isterinya bernama Sarah dan anak mereka Maisarah yang berusia 7 tahun.
"Assalamualaikum!" Laung Maisarah dengan suara comelnya.
"Waalaikummussalam! Mai!!! Rindunya!!" Segera tubuh kecil itu dipeluk oleh Misya.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...