Chapter 28

17.1K 687 21
                                    

Dahlia menyediakan sarapan pada hari itu. Terkejut beruk Mak Som melihat kehadiran Dahlia selepas dua bulan keluar daripada rumah tersebut.

"Ana? Ya Allah! Bila balik? Ana akan tinggal di sini balikkan?" Datin Maya menerpa kearah menantunya. Dahlia tersenyum manis. Seisi rumah mula turun bersarapan. Semuanya gembira menerima kepulangan Dahlia.

"Ana pergi mana selama dua bulan ni? Papa suruh orang papa cari Ana. Tapi,dapat khabar Ana tiada di Malaysia." Dahlia tersenyum mendengar penyataan Dato Rafiq.

"Ana ke Jepun. Terpilih untuk wakili negara Malaysia dalam Program Pertukaran Pelajar." Jelas Dahlia tenang. Matanya tertacap pada Fayyadh yang masih lagi tidak bertali leher. Dahlia mencapai tali leher daripada poket kemeja Fayyadh dan mula melilitnya. Setelah siap,dia berniat untuk memakaikannya ke leher Fayyadh. Tetapi ditepisnya.

"Tangan aku masih berfungsi." Kata Fayyadh dingin sambil merampas tali leher yang sudah diikat oleh Dahlia tadi. Dahlia mengetap bibirnya. Suasana menjadi kekok seketika sehingga Fayyadh keluar daripada pintu utama. Dahlia menghantar Fayyadh sehingga ke pintu utama. Tangan Fayyadh dicapai untuk disalam. Sebelum bibirnya mengena belakang tangan Fayyadh,Fayyadh manariknya pantas.

"Dekat sekolah nanti jangan sesekali cakap dengan Zarif." Pesan Fayyadh trgas. Dahlia mengangguk kecil. Dahlia kemudian masuk ke dalam untuk mengambil begnya sehinggalah dia teringat sesuatu.

"Aduh! Skuter aku masih di apartment! Macam mana nak ke sekolah ni?!" Omel Dahlia. Sempat dia memarahi diri sendiri. Ryan mendekati Dahlia yang masih terpacak dihadapan rumah.

"U buat apa? Tak ke sekolah ke?"

"Skuter I tinggal di apartment."

"Jom. I tumpangkan u."

"Tak apa. I call Raf." Kata Dahlia sambil menghubungi Raf. "Man,sorry call u pagi-pagi. U boleh tolong hantar I ke sekolah tak?......... Skuter tinggal apartment......hehehe... Thanks!....... Ye,I tunggu." Dahlia mematikan talian. Ryan memerhatikan sahaja kelakuan Dahlia. Dahlia menikam matanya dengan pandangan tajam.

"What?" Muka Ryan dibuat suci.

"Apa u canang pada Haidar tentang kita?" Dahlia bertanya dengan nada perlahan. Risa ada yang mendengarinya. Ryan tergelak kecil.

"Nothing. I cakap kita pernah terlanjur je. Laju je dia percaya." Jujur Ryan. Dahlia membuntang matanya.

"Why the h**k are u telling him that?! Kita tak pernah pun terlanjur. I'm still 'virgin'!" Marah Dahlia.

"Salah dia sebab jadi sangat bodoh." Ujar Ryan selamba seraya melangkah pergi.

Pon! Pon!

Dahlia memandang kereta yang membunyikan hon. Pantas dia mendekati kereta Ferrari itu dan mengambil tempat di kerusi penumpang.

"Pagi-pagi dah memerah muka? Kenapa ni?" Tanya Raf sambil memulakan pemanduan.

"That idiot Ryan make up the story about us to my husband! Dia cakap kami pernah terlanjur pada suami I! Sekarang ni Fayyadh marahkan I. Dia jijik dengan I,Raf." Adu Dahlia sambil menggenggam penumbuknya. Raf mengeluh kecil. Tangannya pantas mencapai tisu dan dihulur pada Dahlia. Dahlia mengesat air mata yang sudah tumpah.

"I nak beritahu u something. But promise me u jangan terkejut or salahkan I. Cuba fikir dengan tenang Dan jangan gelabah." Dahlia mengangguk setuju. "There's a gang tahu about your marriage. I takut husband u jadi target." Sambung Raf. Rahang Dahlia terjatuh.

"They know about my husband?! How?!"

"Ingat janji u." Raf mengingatkan Dahlia. Dahlia menarik nafas dalam."I tak tahu dari mana mereka tahu."

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now