Chapter 50

16.2K 720 9
                                    

"Letak dia perlahan-lahan." Arah Ace. Raf dan dia memapah Fayyadh sehingga kedalam bilik Ace diapartment milik Ace.

"Dah. Biar I jaga dia." Kata Raf. Ace berlari anak ke sebuah almari kecil disebelah katil berdekatan Fayyadh. Sebuah kotok putih dikeluarkan. Beberapa alat diambil lalu dia kembali kesisi Fayyadh. Lengan kemeja Fayyadh digunting separas bahu. Menyerlahkan kesan dua butir peluru yang menembusi bahunya.

"Aria." Fayyadh yang sepera sedar cuba mengusap pipi Ace. Ace tersenyum tawar.

"Awak tahan sikit,ye?" Ace members amaran. Sejurus selepas itu,dawai besi mula menusuk kebahu Fayyadh.

"Arghh!" Jerit Fayyadh kesakitan. Ace mengusap lembut kepala Fayyadh agar Fayyadh sedikit tenang. Raf yang melihat hanya mampu mengetap bibirnya.

"Ace,I jaga kat luar. I nak buat rondaan sikit. Risau ada yang mengikut." Kata Raf. Ace mengangguk sebelum memandang Fayyadh semula.

"Sikit lagi." Bisik Ace. Akhirnya,kedua-dua butir peluru berjaya dikeluarkan. Fayyadh melepaskan nafas lega. Tercungap-cungap dia bagi menahan sakit yang teramat sangat. Ace pantas mengusap lagi kepala Fayyadh lembut.

"Jarang ada yang boleh bersengkang mata begitu lama." Puji Ace sambil tangannya ligat mengemas segala peralatan yang sudah digunakan. Bahu Fayyadh itu dibalut dengan kain kasar pula selepas diletakkan antiseptic and iodine bagi mengelakkan kuman. Fayyadh sedikit meringis kesakitan kerana pedih.

"Saya tak nak awak jauh dari saya. Sebab tu data tahan. Risau awak lari senyap-senyap selepas selamatkan saya." Fayyadh mengakui sebabnya dengan selamba. Ace hanya memutarkan bebola matanya. Matanya melekap pula pada kemeja Fayyadh yang dipenuhi darah.

"Better awak tukar baju awak tu. Bau hamis darahla." Omel Ace. Dia tak suka biliknya berbau darah. Fayyadh tersengih kecil melihat wajah Ace yang sedikit cemberut itu.

"Ada baju lelaki?" Tanya Fayyadh. Kata nak tukar,kan? Ace mengeluh kecil. Dia mana ada menyumpan baju lelaki. Hanya dia sahaja diapartment ni. Kepala yang tak gatal digarunya.

"Aha! Kejap,ye." Fayyadh hanya mengangguk perlahan. Ace mencapai telefon bimbitnya lalu melangkah keluar. Dia pantas menghubungi seseorang.

"Hello." Bunyi dihujung talian. Ace tersenyum.

"Lee,u boleh bawa baju lelaki tak? T-shirt maybe?" Pinta Ace. Lee dihujung talian pelik.

"U nak buat apa?" Tanya Lee. Dia tahu Ace bukan jenis bawa masuk lelaki sewenang-wenangnya.

"Tsk. Banyak tanya la u ni. Bawa je. Datang apartment I. Nanti I explain." Kata Ace.

"Hurm. Okeylah. Saiz apa?" Tanya Lee. Ace terdiam sebentar. Apa saiz dia,ye?

"Err.. Lebih kurang macam Raf." Balas Ace.

"Ouh. Okey. Tunggu I. Bye." Talian terus dimatikan. Ace tersenyum. Dia melangkah semula memasuki bilik yang menempatkan Fayyadh. Fayyadh kelihatan sudah selesa tidak berbaju. Ace mengeluh kecil. Sesedap rasa dia je nak buka baju dalam bilik aku. Hish.

"Seluar tak perlu buka kot. Tak kena darah." Kata Fayyadh. Ace hanya mengangguk. Sempat dia menilik tubuh Fayyadh yang maskulin. Nice body. Eh! Apa yang kau melalut ni,Ace! Jangan,Ace! Jangan!

"Jauh termenung. Ingatkan siapa?" Tanya Fayyadh pelik melihat Ace yang memandang tubuhnya. Senyuman nakal mula terukir dibibirnya. Mood mengusik,on. "I know I have a very nice body. Kalau nak tengok pun,cover sikitlah." Katanya lagi. Ace terasa darahnya mula menyerbu muka. Nasib baik gelap sikit. Tak adalah nampak muka dia yang sudah memerah itu.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now