"Macam mana kau boleh ada di situ?" Tanya Fayyadh mendatar. Razin mula gelisah.
"Err. Sebenarnya..." Razin tidak tahu hendak memulakan bicara. Tambahan lagi dengan kondisi Fayyadh yang sememangnya masih sedih dengan pemergian Dahlia.
"Cakap je la." Fayyadh mendesak. Dia sememangnya mahu tahu kenapa abangnya dan kakak iparnya boleh datang ke sana pada waktu yang sangat tepat.
"Adh. Kita masuk dulu,ye? Di dalam nanti,kami ceritakan semuanya." Pujuk Rina. Fayyadh ganya menurut. Dia memasuki rumah terus ke ruang tamu. Sofa menjadi tempat duduknya. Diikuti Razin dan Rina yang duduk bertentangan dengannya.
"So?" Tanya Fayyadh. Razin mengeluh kecil.
"Sebenarnya,aku dengan Rina pernah jadi anggota Orin Knight dulu." Razin memulakan bicara. "Kami keluar selepas Ian dihalau dari kumpulan kerana menghianati kumpulan. Dia telah jatuh cinta pada Ace a.k.a Ana semasa menjalankan misi bagi membongkar identiti Ace. Kemudian,Ace..."
"Stop calling her Ace! She's Dahlia Ariana! My wife! Ana!" Fayyadh membentak tiba-tiba. Panas hatinya mendengar isterinya dipanggil sedemikian.
"Okay,sorry. Ana tolak cinta Ian dan menyebabkan Ian ambil keputusan untuk keluar dari kumpulan. Mereka tahu aku abang Ian. Jadi,mereka suruh aku curi maklumat tentang Ana yang dikumpul oleh Ian. Aku buat. Tapi,bila tahu identiti Ana yang sebenar,aku mengalah. Aku tak mahu terlibat lagi dalam hal ni. Sebab apa? Sebab aku nampak perubahan Ana. Dia mula mengenakan tudung. Dia juga banyak memohon untuk keluar dari kumpulan. Dari situ,aku sedar. Ana tak mahu terlibat dalam kegiatan mafia lagi. Aku tolong sorokkan maklumat tu. Tapi,aku tak sebijak Hafiz. Dia pandai menggondam. Dia jumpa maklumat tu. Aku kata,aku sanggup dibuang kumpulan. Aku nak bertaubat! Aku tak mahu buat semua tu lagi." Terang Razin panjang lebar.
"Cut the crap! Aku nak tahu,macam mana korang tahu! Tu aje." Fayyadh memberik respon. Rina mengeluh.
"Mike yang beri maklumat. Dia kata,Ace kembali. Kitaorang tak faham. Dia kata,kau diculik. Ana nak selamatkan kau. Kitaorang terus ke sana selepas mendapat maklumat tentang lokasi tersebut." Rina menjawab. Fayyadh hanya mengangguk.
"Dah la. Aku naik dulu." Fayyadh berjalan lemah memasuki biliknya. Melihat baju-baju Dahlia,air matanya mula bertakung. Dia memandang pula meja belajar Dahlia. Dahlia jarang belajar bersamanya. Dia pantas mendekati meja tersebut. Duduk diatas kerusi yang Dahlia duduk. Dia mula menghidu bauan Dahlia yang tinggal. Tetapi,dia ternampak sebuah buku nota kulit tebal. Tangannya pantas mencapai buku tersebut. Aria's Diary. Fayyadh memandang lama ukiran emas yang terdapat diatas permukaaan buku. Muka Surat pertama dibuka. Sekeping gambar jatuh dari situ. Fayyadh pantas mengambil gambar itu. Ianya gambar perkahwinan mereka. Ketika majlis membatalkan air sembahyang. Caption dibawah gambar tersebut dibaca.
21.12.15. Aku dinikahkan. Gambar terindah buat simpanan.
Pantas Fayyadh menyelak sehelai demi sehelai helaian selepas gambar itu. Membaca isi kandungan buku itu.
21.12.
Aku kini bergelar seorang isteri. Masih aku berfikir. Patutkah aku memberitahunya? Fayyadh Haidar. Itulah nama suamiku kini. Lelaki yang berjaya mengikat aku ketali perkahwinan. Mampukah dia terima diriku.Fayyadh tersenyum membacanya. Helaian berikutnya dibuka. SekeSekeping gambar jatuh. Pantas dia membuat kesimpulan untuk membaca helaian yang bergambar sahaja.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...