Chapter 33

16.5K 677 15
                                    

Fayyadh membuka matanya yang terasa berat. Fikirannya mula terkenang memori semalam. Mulutnya mengukir senyuman. Pantas dia berpaling kesebelah. Kosong? Matanya terarah pula ke bilik mandi. Gelap. Mana pula isteri aku ni? Masak kat bawah kot. Dia menyedapkan hati sendiri. Dia menuju ke bilik air bagi menyucikan diri.

"Morning,ma." Fayyadh mengucup pipi mamanya. Datin Maya melemparkan senyuman manis.

"Morning. Ana mana? Tak turun lagi?" Tanya Datin Maya. Fayyadh mengangkat sebelah keningnya.

"Dia tak turun?" Datin Maya menggelengkan kepalanya. Fayyadh mula cuak.

"Di..dia tak turun?" Datin Maya menggeleng sekali lagi. Mukanya menjadi pelik melihat wajah anaknya yang cuak.

"Lah. Gaduh lagi?" Tanya Datin Maya sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

"Semalam,aku nampak dia keluar. Jam 4 pagi rasanya. Kau buat apa sambil dia keluar senyap-senyap?" Raziq mengambil tempat disisi Fayyadh diikuti Rina.

"A..aku..." Fayyadh tidak menghabiskan kata-katanya. Kakinya pantas ke dalam bilik. Pintu almari isterinya dibuka. Beberapa helai baju maaih disitu. Matanya melilau kesekeliling biliknya.

"Apa tu?" Dia melangkah ke arah meja belajarnya. Terdapat sekeping surat yang ditindih dengan sebuah kotak berbalut emas. Surat itu dicapai dan dibaca.

Assalamualikum,Haidar.

Sorry sebab bila awak baca surat ni,saya dah tinggalkan rumah saya akan ikut arahan awak. Sebab apa? Sebab awak suami saya. Saya mahu lakukannya untuk kali terakhir. Mengikut arahan awak. Bila awak baca Surat ni,saya harap awak dah tahu kebenarannya. Saya tak mengandung,bukan? Saya dah cakap. Saya nak berterima kasih sebab awak,saya berasa menjadi isteri seseorang. Memori semalam akan saya sematkan dalam ingatan selamanya. Begitu juga semua memori bersama awak. Masa kita me zoo,ke hutan,ke shipping mall. Saya nak awak tahu,sejak awak lafazkan akad saya sudah pun menerima awak. Mungkin ini cliche,tapi,saya cintakan awak. Saya tak jamin dan tak memaksa awak mencintai saya kembali. Kisah saya dan Ryan dah lama berakhir. Memori hanya tinggal memori. Sayang dan contact data pada awak lebih mendalam. Kerana awak suami saya. Saya akan mencintai awak selayaknya sebagai suami. Saya harap,awak izinkan saya pergi. Saya tak mahu tinggalkan awak. Jujur saya cakap,saya tak nak tinggalkan awak. Saya nak sentiasa berada disisi awak. Masakkan lasagna kegemaran awak. Buatkan awak kek red velvet kegemaran awak. Sentiasa disisi awak selamanya. Saya nak semua tu. Tapi,saya tak boleh awak. Saya tak boleh. Ada sebabnya saya tak boleh. Satu lagi rahsia diri saya. Saya harap awak pamdai menembak. Ada sebab saya suruh awak belajar. Saya berbahaya awak. Menikahi saya sama seperti memasuki lurang gelap penuh duri. Awak tak selamat bersama saya. Saya harap awak jaga diri baik-baik,ye? Ada jodoh,kita jumpa lagi. Kalau awak nak cerai,saya rela. Hantar Surat pergi mahkamah ke alamat ibubapa saya okey.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now