Chapter 41

14.6K 633 18
                                    

Fayyadh merenung pemandangan indah dihadapannya kini. Dia berada di tempat yang Dahlia pernah membawanya. Pemandangannya masih seperti dulu. Indah. Malangnya,bukan hati Fayyadh. Dia mengeluh kecil apabila teringat akan lamarannya pada Mawar. Dia tidak tahu adakah betul atau tidak tindakkannya. Dia yakin Mawar adalah Dalia. Malangnya,ada sesuatu pada Mawar yang menyebabkan keyakinan pada kesimpulan siasatannya berkurangan. Fikirannya mula menerawang memikirkan kejadian tersebut.

"Awak! Beli barang hantaran nak?" Tanya Mawar gambira. Fayyadh mengangguk sahaja. Wajah Mawar yang gembira dipandang. Kereta meluncur laju membelah jalan ke shopping mall.

"Jom." Ajak Fayyadh. Mawar mengekor sahaja.

"Lawa tak jam ni?" Tanya Fayyadh seraya menunjukkan sebuah jam tangan Adidias berwarna biru. Persis jam tangan yang Dahlia beri masa hari jadinya yang ke-17.

"Buruklah!" Kata Mawar. Senyuman Fayyadh terus menghilang.

"A..awak suka colour apa?" Tanya Fayyadh lambat-lambat. Dia mengharapkan jawapan yang sama dengan pengetahuannya tentang warna kegemaran Dahlia.

"Merah,kuning dan oren." Balas Mawar. Sekali lagi Fayyadh tersentak.

"Suka waran violet tak?" Mawar menggeleng.

"Emerald green and eemerald blue?" Mawar menggeleng lagi.

"Semua warna gelap. Tak suka." Balas Mawar selamba. Fayyadh mengetap bibirnya.

"Nak beli perfume?" Fayyadh bertanya melihat Mawar memilih minyak wangi. Mawar mengangguk.

"Saya ambil yang ini." Mawar menghulurkan minyak wangi berjenama Estee Lauder kepada jurujual.

"Memang suka perfume ni?" Mawar mengangguk laju membalas pertanyaan Fayyadh.

"Channel No.5?" Tanya Fayyadh. Mawar memandang Fayyadh pelik.

"Kenapa Chennel No.5?"

"Awak tak suka?" Mawar menggeleng.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now