Chapter 49

15.4K 623 14
                                    

Dia datang ke tak ye? Reza melihat sekeliling dewan hotel yang sudah terhias indah itu. Dia amat berharap adar Dahlia dapat menghadirkan diri. Dia percaya itulah Dahlia sahabatnya. Isteri Fayyadh. Masakan dia masih hidup. Terdetik soalan itu daripada fikiran Redza.

"Cari siapa?" Tanya Amira dengan suara yang sedikit bergetar. Cemburu membuak-buak melihat tunangnya seperti mencari orang lain. Redza hanya tersengih. Memahami perasaan Amira yang cemburu itu.

"Dahlia." Jawabnya jujur. Amira merengus kasar.

"Eleh. Tahulah Dahlia tu lawa. Body umph. Tapi,ingat la sikit. Awak dah bertunang,tahu?" Amira menayangkan cincin tunang yang berada dijari manisnya. Redza tersengih lagi.

"Ingat. Memang body dia umph! Tapi,awak lagi cantik. Cantik luar dan dalam. Itu yang saya sangkut." Pujuk Redza dengan suara romantik. Amira terasa darah mula menyerbu kemukanya. Malu diusik sebegitu.

"Kalau awak nak kat dia,pergi je la. Nanti saya cari orang lain." Rajuk Amira. Redza tergelak melihat rajuk Amira. Comel!

"Saya setia. Lagipun..."

"Lagipun apa?" Tanya Amira. Dia sedar suara Redza semakin menurun. Risau pula dia.

"Saya nak mengaku something. Hope awak tak sedih dan terima ia." Kata Redza serius.

"Okey. Cakap la." Balas Amira. Wajah Redza ditatapnya. Redza menarik nafasnya sedalam-dalamnya.

"Dahlia tu memang Dahlia. Sahabat kita." Ujar Redza perlahan. Amira menggeleng laju.

"No,Redza. Dahlia's dead six years ago. U need to accept it. Lagipun,wajah dia pun tak sama." Marah Amira. Redza mengeluh kecil. Dia tahu susah untuk Amira menerimanya.

"Korang tak nampak wajah sebenar dia. Dia pakai sunglass semalam. Saya duduk sebelah dia. Saya nampak mata dia yang tersembunyi tu. I saw it. She is our Dahlia!"

"Kalau macam tu,kenapa dia buat tak kenal kita?" Soalan daripada mulut Amira membuatkan Redza tersentak. Ya,kenapa?

"Saya tak tahu. Saya..." Redza yang mahu berkata dipotong oleh Amira.

"Shh.. Redza,listen here. Lea's dead,okay? She's dead. Maybe pelanduk dua serupa. Tetapi,itu kebenarannya. Dahlia kita dah meninggal. Dahlia semalam hanyalah orang luar." Amira memujuk Redza. Dia tahu,Redza pernah mencintai Dahlia suatu ketika dahulu. Mata Redza ditatapnya. Cuba menenangkan Redza. Mungkin cinta pada arwah masih belum terhapus sepenuhnya. Amira memujuk hati yang tergores. Siapa yang tak terasa apabila tunang sendiri masih mencintai orang lain,bukan?

"Okey." Redza mengangguk perlahan.

"Dah,jom. Majlis dah nak start." Ajak Amira. Mereka beriringan ke tengah dewan.

*****************************

"Awak!!" Ace terbangun dari pengsannya. Lee pantas menoleh. Dia mendekati Ace yang sedikit menggigil. Pantas tubuh Ace dipeluk.

"Hey. Hey. Calm down,okay? I'm here. Calm down,Ace. It's just a dream." Pujuk Lee dengan lembut. Bahu Ace diusap lembut.

"Lee." Ace membalas pelukan itu. Tangisannya pecah juga.

"It's okay. Menangislah kalau itu yang mampu menenangkan u." Ace menangis teresak-esak dibahu Lee. Lee hanya merelakan. Dia terkejut melihat sesusuk tubuh yang tidak bermaya terbaring diatas lantai bilik kerja Mike.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now