Chapter 43

15.4K 606 30
                                    

Fayyadh sedang merehatkan diri dibiliknya. Penat. Penat memikirkan soal Mawar. Tambahan lagi dengan soal wanita misteri itu. Pantas Fayyadh mengambil sesuatu daripada poket seluarnya.

"Hanya Aria seorang je ada rantai ni." Fayyadh menilik rantai yang berloket 'Aria' itu. Dia yakin. Dahlia masih hidup. Isterinya masih hidup! Fayyadh mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail seseorang.

"Hello."

"Hello,Raf. Lama tak dengar cerita." Balas Fayyadh. Raf dihujung talian senyap seketika.

"Kau nak apa?" Tanya Raf mendatar. Fayyadh tergelak besar mendengar pertanyaan itu.

"Dah enam tahun. Kau masih hutang aku." Balas Fayyadh selamba.

"Hutang apa? Aku mana ada hutang dengan kau." Raf berkata tanpa perasaan. Nada yang sama.

"Kau hutang aku dimana Aria. Mana isteri aku?"

"Isteri kau dah meninggal."

"Kalau macam tu,di mana kubur dia?"

"Di Australia." Balas Raf. Fayyadh merengus kecil. Tahu Raf menipunya.

"WhatsApp alamatnya pada aku. Enam tahun aku tunggu nak jumpa dia. Enam tahun! Kau asyik berdalih." Marah Fayyadh. Raf dihujung talian senyap seketika.

"Okey,nanti aku WhatsApp." Sejurus selepas itu,talian dimatikan oleh Raf. Fayyadh meraup mukanya kasar.

Kenapa?! Kenapa?! Kenapa setelah aku manjalin hubungan dengan Mawar,wanita itu muncul?!

Fayyadh terasa air matanya jatuh menimpa tangannya. Fayyadh memegang pipinya yang mula terbentuk sebatang sungai kecil. Fayyadh melepaskan segalanya. Malam itu, Fayyadh sekali lagi menangis dengan teruk. Menangisi segalanya.

*********************

"Ahh!! Dia muncul pula tadi!" Mawar merengus kasar. Rancangannya jadi kacau apabila Fayyadh menyedari kehadiran si dia.

"Macam mana dia boleh kesan secepat itu?" Fikiran Mawar mula menerawang ke memori tadi.

"Ace? Apa kau buat di sini?!" Mawar bertanya. Ace tersengih kecil. Tiba-tiba, mukanya berubah bengis.

"Nothing. Saja nak warning kau. You're the next target. So,better kau nikmati saat-saat akhir hidup kau." Kata Ace selamba. Mawar mahu menerkam Ace yang bermuka selamba. Pantas Ace mengacukan pistolnya tepat pada kepal Mawar. Pergerakkan Mawar serta-merta berhenti. Matanya tepat memandang muncung pistol.

"Aku tarik trigger ni,maka tamatlah riwayat kau. Jangan sesekali buat macam tu lagi." Ace menarik kembali pistolnya dan disimpan kedalam poket jeansnya. Lalu kakinya melangkah pergi.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now