Chapter 53

15.3K 550 17
                                    

"What's up?" Mike menyergah dari belakang. Dahlia tidak kesah. Dia tahu Mike akan keapartmentnya untuk membincangkan sesuatu.

"Haa. Kenapa kau call aku tadi? Kata ada urgent." Tanya Dahlia sejurus selepas Mike mengambil tempat di sofa berdekatan.

"Aku nak tanya kau something." Ujar Mike bernada serius.

"Ye. Aku dengar ni. Cakap je la." Dahlia berkata seraya membelek majalah Glam yang baru dibeli semalam.

"Fayyadh tahu tentang Silver Rose?" Pergerakkan tangan Dahluq terhenti. Dia berfikir sebentar.

"Tahu kot. Musuh perniagaan tu. Tak mungkin dia tak tahu." Balas Dahlia meneruskan permbacaannya. Mike mengangguk.

"Dia tahu tentang double F?" Mike bertanya lagi. Kali ni nadanya lebih perlahan. Dahlia mengetap bibirnya.

"Dia tak tahu. Dia takkan tahu. Dia tak mungkin tahu. Kau jangan gatal-gatal nak bagitahu dia. Aku tak mahu dia tahu." Kata Dahlia tegas. Dia tak mahu Fayyadh tahu walaupun sedikit tentang hal itu. Mike mengeluh.

"You cannot do that to him."

"For the sake of them,I need to." Jawab Dahlia bernada tenang. Mike mendekati Dahlia. Bahu Dahlia dipeluk kejap. Dahlia pelik dengan tindakkan Mike.

"Apa yang ka..."

"Ouh. Wajarlah tak mahu pindah. Susah nak berdua dengan buah hati kalau ada aku rupanya." Sebuah suara muncul daripada belakang mereka.

"Eeii.. Lepaslah!" Dahlia menolak kuat tubuh Mike. Lalu wajah Fayyadh dipandang. "Nope. His not my taste." Selamba dia berkata sebelum berlalu pergi memasuki bilik. Fayyadh mencerlung kearah Mike.

"Keluar!" Arah Fayyadh tegas. Dia mengekori langkah Dahlia memasuki bilik.

"Ceh. Ada hati nak suruh aku keluar? Kau tengok nanti. Aku akan pastikan Dahlia jadi milik aku. Tengoklah." Bisik Mike. Dia bangun lalu melangkah keluar dari apartment itu.

"Kau dah kenapa?" Tanya Dahlia pelik melihat sikap Fayyadh yang berubah mendadak. Fayyadh menjelingnya tajam.

"Kita balik ke Villa aku. Petang ni juga." Arah Fayyadh
tegas. Dahlia terkejut mendengar kata ganti nama yang diguna Fayyadh. Dah apa hal laki aku ni?

"Aku dah cakap,aku tak..."

"Kau nak ikut aku atau aku heret kau secara kasar?" Tanya Fayyadh garang. Hamboii. Garangnya! I like it! Sempat Dahlia memuji Fayyadh dalam hati.

"Cepatlah!" Melihat Dahlia hanya berdiam diri membuatkan darahnya mendidih. Dahlia terlompat sedikit mendengarnya. Hatinya tergores mendengar cara percakapan Fayyadh kini.

"Ehh,kau ni dah kenapa?! Tiba-tiba nak marah aku pula." Dahlia mencebikkan bibir sedikit ketika bercakap. Fayyadh yang sudah berang terus mencengkam kuat pergelangan tangan Dahlia.

"Ish,sakitlah! Lepaslah!" Marah Dahlia. Tak tipu,okey? Memang kuat sangat cengkamannya. Fayyadh hanya buat pekak sahaja. Setibanya dihadapan keretanya,dia menolak Dahlia masuk secara paksa.

"Apa yang kau nak?! Aku tak nak ke Villa kau la!" Kata Dahlia marah. Bengang apabila dipaksa-paksa. Fayyadh yang memulakan pemanduan hanya tersenyum sinis.

"Kenapa?"

"What?"

"Kenapa kau beria sangat tak mahu pulang dengan aku? Susah nak jumpa buah hati?" Sindir Fayyadh. Dahlia tersentak. Apa yang dia merapu ni?

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now