"Assalamualaikum!" Laung Dahlia sesampainya dirumah. Pintu utama dibuka menggunakan kunci pendua di bawah pasu bunga milik Datin Maya. Pintu yang kini sudah tidak berkunci dibukanya. Gelap. Tak ada orang ke? Tanyanya dalam hati. Dia terus maloloskan diri ke dalam rumah. Bagasinya juga ditarik menuju terus ke biliknya dan Fayyadh. Pintu bilik dibuka. Gelap. Again. Keluh hatinya. Salahnya juga tidak memberitahu kepulangannya awal satu hari dari sepatutnya. Bagasi dibiarkan. Lantas kaki diatur ke katil.
"Rindunya katil! Aduh! Haidar pula tiada. Boring la!" Rungutnya kuat. Kalau ada yang melihat,pasti Dahlia disangka gila. Masakan bercakap seorang diri? Sekeliling bilik diperhati sehinggalah matangay tertacap pada sticky note yang ditampal di cermin.Kalau balik awal nak buat surprise,tolong tahu. Kami sekeluarga pergi Perak. Lawat parents kau. Pandai-pandailah kau hidup. :p -Your husband,Haidar-
Dahlia tersenyum membaca tulisan tangan Fayyadh. Pandai-pandailah aku hidup? Cis! Aku boleh hiduplah kalau kau tiada. Bukan aku tak boleh berdikari. Wekk! Balas Dahlia dalam hati sambil menjelirkan lidahnya kearah kertas tersebut.
"Hurm.. Mandi dululah. Lepas,tu makan." Rancang Dahlia. Tudungnya dicabut dan tuala di tempat penyidai dicapai. Laju kakinya melangkah ke bilik air.
*********************
Pergi rumah parents dia pula. Boringlah aku. Dah lah Lea pun tiada. Semua pergi. Hurgh! Rengus Ryan. Kakinya melangkah ke pintu utama selepas memarkirkan kereta Volkswagennya di garaj. Langkahnya terhenti apabila terlihat sepasang kasut jenama Prada diatas karpet dihadapan pintu utama. Senyuman sinis mulai terbit. Dia kenal kasut itu. Ianya milik Dahlia. Hanya Dahlia seorang sahaja yang meminati kasut yang mempunyai heels ditapaknya. Tambahan pula, design kasut itu juga menunjukkan ianya daripada butik Prada dan Dahlia hanya berminat dengan kasut daripada butik tersebut sahaja. Pantas kakinya melangkah kearah bilik adiknya.
Seperti yang aku agak. Matanya tertacap pula pada bagasi dan tudung yang ditinggalkan diatas katil. Dia memasuki bilik tersenut tanpa teragak-agak. Bunyi yang datang daripada bilik air menambah keyakinannya bahawa Dahlia sudah pulang. Awal sehari dari sepatutnya. Senyuman sinis terbit lagi apabila mendengar bunyi air sudah berhenti. Only us in this house. Detik hatinya.
************************
"Allah! Macam manalah aku boleh lupa hanya Ryan sahaja yang bakal berada di rumah?" Rengus Fayyadh kuat. Kereta Swift milik Rina dipandu laju. Hatinya tidak sedap. Dia tahu Ryan ada perasaan pada isterinya. Tambahan lagi dengan sikap isterinya yang suka pulang lebih awal dari yang sepatutnya membuatkan Fayyadh meraup mukanya kasar. Ya Allah! Janganlah engkau biarkan sesuatu terjadi pada isteriku,ya Allah! Doa Fayyadh dalam hati berulang kali. Kereta yang itu dipandunya dengan laju sekali. Kelajuan semaksima mungkin dek kerana hatinya yang sangat tidak tenang. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Ya Allah! Apa pula dugaan yang kau mahu beri kepadaku,ya Allah? Matanya sedaya upaya difokuskan keatas pemanduannya. Dia ingin cepat tiba dirumah. Perasaannya kuat merasakan sesuatu tentang isterinya.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...