Fayyadh terbangun apabila terasa sesuatu melingkari pinggangnya. Pantas dia berpusing. Kelihatan Dahlia masih lagi Lena diulit mimpi. Matanya terarah pada jam di sebelah Dahlia. 5:57 a.m. sekejap lagi subuh. Jemaah denhan dia,lah. Lama tak jemaah bersama.
"Aria." Panggilnya seraya mencuit bahu Dahlia. Dahlia menepis tangannya. Sekali lagi dia mencuit bahu Dahlia. Dahlia merengus kasar sambil memalingkan tubuhnya. "Tengku Nur Dahlia Ariana. Bangun sekarang. Ambil wudhuk dan jemaah dengan saya." Arah Fayyadh sambil menarik kasar selimut Dahlia.
"Haish! Orang cuti la!" Bentak Dahlia sambil menarik semula selimut untyk membaluti tubuhnya.
"Hah?! Cuti? Mana ada solat cuti-cuti. Ingat sekolah apa? Cuti-cuti Malaysia?" Tanya Fayyadh pelik. Dia menggoyangkan bahu Dahlia. "Bangun. Tak elok lewat-lewatkan solat. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan." Ceramah Fayyadh. Dahlia bangun daripada pembaringannya.
"Awak ni kenapa?! Orang cakap orang cuti,orang cuti la! Apa susah sangat?! Awak tu nak solat,solat je la!" Bentak Dahlia marah. "Orang A.B.C,tahu?!"
"Air batu campur? Apa menda awak merepek pagi-pagi ni? Dah,dah. Bangun solat." Arah Fayyadh sambil menarik Dahlia bangun dari katil. Dahlia yang marah severa menepis tangan Fayyadh. Fayyadh ditolak kuat keluar dari bilik.
"Awak nak solat,solat kat luar! Saya nak tidur! Saya cuti!" Marah Dahlia. Kemudian,pintu dihempas kuat. Mulut Fayyadh ternganga.
"Eh pompuan! Buka pintu ni!" Arah Fayyadh kasar. Tangannya mengetuk kuat pintu tersebut.
"Kenapa ni Adh?" Tanya Datin Maya lembut. Pelik juga mendengar bunyi bising dari luar biliknya.
"Kau dah kenapa,Adh? Subuh-subuh dah bising?" Tanya Razin yang muncul daripada belakang Datin Maya bersama isterinya dan Raziq. Semua terbangun kerana bunyi hempasan pintu yang kuat. Fayyadh merengus kasar.
"Entah bini aku ni! Aku ajak solat je. Dia marah aku pula. Kata cutila. A.B.Cla. Saja nak mengelat. Malas solat la tu. Cuti,cuti. Ingat aku bodoh?!" Mendengar aduan Fayyadh menyebabkan mereka tersengih sahaja. Budak-budak. Mana nak tahu.
"Betullah tu dia cuti solat. Biasa kalau perempuan tak boleh solat. Sekurang-kurangnya seminggu dalam sebulan. Faham?" Fayyadh menggeleng laju. Tak faham apa yang diterangkan oleh mamanya.
"A.B.C tu maksudnya Allah Bagi Cuti."Zetty menterjemahkan maksud.
"Kalau tak faham juga,dia tengah period. Haid,tahu?" Terang Raziq pula seraya menggelakkan adiknya yang lurus itu. Fayyadh mengangguk.
"Ouh. Period rupanya. Susah sangat nak cakap." Tiba-tiba pintu dibuka dan muka Dahlia mula menjengah.
"Itulah awak. Internet habis kuota. Lambat." Perli Dahlia kemudian kembali memasuki bilik. Tak pernah-pernah dia cakap kasar dengan aku sebelum ni. Fayyadh mencebikkan bibirnya.
"Yang kau nak marah,apahal?" Fayyadh bertanya sendirian. Razin tersenyum. Ketawa kecil dilepaskan.
"Sabar,bro. Kalau tengah datang bulan memang perangai lain macam sikit. Cepat sensitive. Cepat marah walaupun sebab hal kecil. Merajuk tak bertampat. Kadang kala, over happy. Emosi terlebih." Terang Razin yang kemudiannya berlalu pergi bersama isterinya.
"Kalau dia marah,jangan marah balik. Emosi dia tengah tak stabil tu." Pesan Raziq pula seraya pergi memasuki biliknya. Datin Maya pula memasuki biliknya. Fayyadh menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memasuki bilik. Dahlia ketika itu sedang menangia teresak-esak.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...