Q&A

13.2K 294 11
                                    

Assalamualaikum!
Maaflah kalau ada yang menyangka ini update. Tak,ini bukan update. Ini sesi questions and answers. Saya kumpulkan semua soalan-soalan yang saya tak jawab daripada WhatsApp,Wechat dan pm Wattpad. Girls,I dah janji akan jawab bukan? Then,here's my answer.

Q:Sis,Fayyadh memang wujud ke?
A:Well,wujud! Dalam imaginasi saya! Hehehe. Okey2,saya serius. Tak. Saya tak pernah letakkan sesiapa untuk memaikan watak Fayyadh.

Q:Sis,watak Dahlia memang macam tu,ye? Kadang sedih,kadang dingin.
A:Yup! Saya suka buat watak heroin yang ada banyak perwatakkan. Baru menarik!(pada saya la)

Q:Sis,cerita ni pada tahun berapa?
A:Tahun ini la. Tapi,dalam novel,entahlah. Saya tak pernah terfikir tarikh pun. Maaf.

Q:Agak-agak Fayyadh dengan Dahlia bersama hingga akhir tak?
A:Ahaks. Tu rahsia saya. Maaf. Nak tahu? Kena tunggulah.

Q:Awak memang suka buat cerita yang banyak terselit rahsia,ye? Awak jenis perahsia ke?
A:Tak,saya bukan seorang yang perahsia. Tapi,saya suka buat orang tertanya-tanya. Hehehe.

Q:Bila cerita ni nak habis? Tak sabar nak tunggu apa endingnya! Or,sis tak pernah terfikir nak habiskan?!
A:Oops! Kelihatan ada yang marah. Hihihi. Saya tak rasa nak tamatkan lagi. Saya masih mahu meneruskan cerita ni. But,jangan risau. Sah nama pun novel,sudah tentu ada endingnya.

Q:Cerita sis ni ada apa-apa kaitan dengan kehidupan sis ke?
A:Tak. Jangan salah faham. Saya memang bukan assassin atau ada apa-apa kaitan dengannya. Cerita memang 100℅ rekaan semata-mata.

A:Awak tak terniat hendak letak sesiapa memegang watak-watak dalam novel awak?
A:Tak. Itu hak pembaca bagi membayangkan sesiapa sahaja bagi memainkan watang Fayyadh dan Dahlia.

Q:Mana sis peroleh ilham ni? Jarang ada penulis melayu yang buat cerita macam ni.
A:Ehh,ramai la awak. Saya peroleh ilham sebab saya memang minat movie2 yang berunsur perisikkan.

Q: Rare betul sis! Boleh pula buat watak perempuan yang jauh lebih pandai menjaga diri berbanding lelaki. Bagus! Menaikkan perempuan.
A:Hehehe. Jangan salah faham. Saya tak berniat merendah-rendahkan martabat lelaki. Saya cuma membuat watak seorang wanita yang cekal dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup.

Q:Dahlia sebenarnya bertudung atau tidak?
A:Dahlia bertudung. Walaupun cara dia macam tak. Jangan salah sangka saya mengajar korang pesong ke apa. Saya nak menunjukkan proses perubahan seorang gadis yang dulunya jahil menjadi seorang muslimah. Proses yang lama tetapi membuahkan hasil yang baik dan in shaa Allah taubatnya diterima oleh Allah S.W.T.

Itulah soalan-soalannya. Well,you've got your answer,kan? Hahaha. Kalau ada sesiapa yang masih kabur dengan cerita ni,boleh tanya. In Shaa Allah saya jawab. Tapi,jangan tanya apa apa jadi,apa endingnya, atau yang seangkatan dengannya. Itu saya jawab 'tunggu' je nanti.

Sekian,

DJ<3

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now