"Kita nak ke mana ni?! Baik kau cakap!" Bentak Fayyadh. Dahlia hanya tersenyum sabil tangannya cekap mengendalikan stereng jipnya itu. Kawasan hutan yang di masuki mereka membuatkan Fayyadh menjadi hilang arah. Apa dia nak buat dengan aku ni? Tanya Fayyadh dalam hati.
"Careful,Aria!" Jeritnya apabila mereka hampir merempuh pokok besar dihadapan. Dahlia dengan selamba memutar stereng tersebut membuatkan jip mereka memandu dua tayar sisi sahaja. Mata Fayyadh membulat. Tak lama selepas itu,jip itu berhenti. Fayyadh segera turun dan melepas nafas lega.
"Kau cuba bunuh aku ke?!" Fayyadh melangkah mendekati Dahlia. Dahlia tersengih nakal.
"Saya sayang awak gila kot. Takkan saya nak bunuh awak. Kalau ye pun,mungkin awak akan tercedera je."
"Kau berniat nak mencederakan aku je?!" Marah Fayyadh seraya menggenggam tangan Dahlia. Dahlia tersenyum manis.
"Hak-a. Mungkin cedera sikit masa awak jatuh." Dahlia berkata dengan suara yang sedikit serba salah.
"Jatuh?" Fayyadh memandang Dahlia dengan pandangan pelik. Dahlia pantas mengangguk.
"Jatuh cinta pada saya." Ujar Dahlia sambil mengenyitkan matanya. Rahang Fayyadh dirasakan terjatuh.
"Gila apa minah ni?" Gumam Fayyadh perlahan. Tetapi,cukup untuk sampai me pendengaran Dahlia.
"Nak buat macam mana? You driving me crazy!" Aku Dahlia dengan suara yang manja dan wajah yang dicebikkan."Dah la. Jom!"Ajak Dahlia sambil meraih lengan Fayyadh.
"Tak perlu pimpin aku. Aku boleh jalan sendiri." Fayyadh segera menarik lengannya. Dahlia memuncungkan bibir tanda protes.
"Tak kesah! Nak jugak! Lagi pun,awak tak tahu jalan kat sini." Dahlia kembali meraih lengan Fayyadh. Fayyadh merengus kasar tetapi dia biarkan juga tindakkan Dahlia. Mereka berjalan seirirngan ke dalam hutan. Pokok-pokok makin menebal. Fayyadh menarik nafas sedalam-dalamnya. Menghayati kesegaran udara di sini. Mereka tiba di sebuah kawasan yang lapang.
"Ace!" Laung Zaki. Dahlia memandang Zaki dan mendekatinya. Zaki memeluk Dahlia erat. Eh eh eh. Sesuka lagi sesuki hati dia je peluk-peluk bini aku!
"Ehem!" Fayyadh berdehem. Dahlia menolak tubuh Zaki. Zaki mencebikkan bibir.
"Irwan mana? Kau sepatutnya datang dengan dia,kan?" Tanya Dahlia menyedari hanya Zaki yang berada di situ. Zaki menunjukkan ke pondok yang tidak jauh dari situ.
"Awak! Jom." Ajak Dahlia seraya meraih lengan Fayyadh.
"Apa kita buat kat sini? Kalau kau sekadar nak tayang kecurangan kau,aku nak balik! Aku tak hadap la!" Bentak Fayyadh di telinga Dahlia. Dahlia menggigit bawah bibirnya menahan seksa hati.
"Bukan la. Ikut je dulu." Mereka bertiga mula ke pondok itu dan memasukinya. Irwan sedang duduk menggilap piarol-pistol yang berada di hadapannya. Fayyadh meneguk air liurnya. Bini aku ni kawan dengan pembunuh upahan ke?
"Ace? Sampai pun. Siapa ni?" Tanya Irwan. Dahlia memandang Fayyadh yang seperti cacing kepanasan. Cuak mungkin melihat pistol-pistol di hadapannya.
"Ni husband aku. Panggil dia Ef. Nama sebenar tak perlu tahu." Perkenal Dahlia kepada dua orang jejaka itu. Zaki yang sedang meneguk air tersedak.
"Ni ke orang yang kau suruh kitaorang train tu?" Fayyadh memandang Dahlia pelik. Train aku? Train apa? Jadi pembunuh upahan? Desis hatinya. Dahlia mengangguk.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...