Chapter 70

16.6K 590 30
                                    

Dahlia memandang kosong telefon bimbitnya yang bergetar menandakan ada panggilan masuk itu. Malas! Penat! Itulah yang dia rasa kini. Anak diperutnya terasa menendang dinding perutnya. Senyuman tawar mula menyapa bibir. Lantas tangannya mengusap lembut perutnya yang mula membukit sedikit. Sangat sedikit dan hampir tidak kelihatan.

Brzz.. Brzz.. Brzz..

Dahlia mengeluh lagi. Rasa geram mengetuk hati. Telefon itu diambil kasar sebelum mematikannya terus. Dicampak kembali telefon itu keatas katil. Badannya disandar lemah dikepala katil. Hatinya masih tidak tenang. Dia masih serabut dengan keberadaan anaknya kini.

"Where are you,prince? Angel miss you. Your little angel miss you both too." Perlahan-lahan setitik air jernih mula jatuh kepipi.

*****************************************

"Apa kau buat di sini?" Tanya Jake kepada orang itu.

"Cari kau." Jake menaikkan keningnya.

"Apahal?"

"Silver Rose." Jake terkedu sedikit. Namun,pantas mengawal air mukanya.

"Kenapa dengan mereka?"

"Diaorang dah tahu keberadaan Ace. But, I'm not so sure what's their plan is. For know,they had more advantage in this situation. Kita pun masih belum menemui Ace." Jake mengeluh. Masalah lagi! Baru nak bercuti.

"Tak apa. Aku bincang dengan Raf dan Zack nanti. Thanks for the information, man." Kata Jake menepuk bahu lelaki tersebut sebelum melangkah pergi.

"Most welcome." Balas Rais dengan senyuman yang terselit seribu makna. Jake yang sudah menjauh dilihat dengan ekor mata. Jake dalam situasi lain juga tersenyum sinis.

"Don't think I'm stupid." Bisik Jake sendirian semasa dalam perjalanan keluar daripada hospital.

******************************************

Fayyadh mengeluh untuk kesekian kalinya. Prestasi syarikatnya semakin merundum. Banyak pelabur yang lari dan pembekal yang menolak untuk terus menyalurkan bekalan.

"Apa sebabnya sebenarnya?!" Marahnya didalam mesyuarat diantaranya dengan pekerja-pekerja syarikat tersebut.

"Ada yang complain tentang kualiti produk,Tengku." Jawab Ikhwan yang duduk dikerusi keempat sebelah kanan Fayyadh.

"Kualiti produk? Sejak bila kita tukar atau usik hal berkaitan produk? Sepatutnya sama sahaja. Hadi,apa ni?!" Tanyanya kepada Hadi,ketua bahagian kualiti produk. Hadi menunduk.

"Saya pun tak pasti,Tengku. Memang kain yang kita bekalkan luntur warnanya dan tidak selembut dahulu."

"Awak ada tukar apa-apa bahan tak?" Hadi menggeleng.

"Tak pernah saya tukar walau sukatannya." Fayyadh menolak rambutnya yang terjuntai didahi kebelakang. Tertekan memikirkan hal ini.

"Apa dah jadi dengan syarikat ni?" Tanya Razin yang melangkah masuk tiba-tiba. Fayyadh memandang abangnya. Terkejut juga melihat kemunculan Razin secara tiba-tiba didalam syarikatnya. Maklumlah,Razin juga ada syarikat yang harus diuruskan. Memang jarang akan menjenguk kesyarikatnya.

"Semua boleh keluar. Hadi,saya nak awak aturkan perjumpaan dengan pembekal kita. Semua! Saya tak mahu seorang pun tertinggal. Saya nak jumpa mereka ASAP!" Arah Fayyadh. Hadi mengangguk sebelum melangkah pergi. Fayyadh terduduk keatas kerusi empuka yang terletak dihujung tengah meja. Razin mendekati Fayyadh lalu mengambil tempat disebelah Fayyadh.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now