Chapter 6

24.7K 956 4
                                    

"Ar...warna. Eh, awak suka warna apa ekk?" Tanya Fayyadh kepada Dahlia. Dahlia terkejut apabila dia yang ditanya.

"Dah pehal pula tanya saya? Hurm.. Kalau saya, saya maybe prefer pink. Awak?" Balas Dahlia. Haa.. Tanya aku sangatkan? Ambik kau? Kau jangan bebankan aku sorang je.. Fayyadh hanya membalas pandangan Dahlia.

"Pink? Eh hello! Saya lelaki okey? Apa barang pakai warna pink. "

"Dah awak tanya saya. Saya jawab je la. Sekurang-kurangnya saya bagi cadangan. Better than you okey."

"Memangla cadangan. Tapi,agak-agak la, yang oii." Ehh jap. Aku panggil dia apa tadi? Dahlia memandangnya dengan muka yang pelik.

"Hamboii.. Belum nikah dah ada nama panggilan?" Usikkan daripada Puan Humaira membuat Fayyadh dan Dahlia menunduk.

"Ehh.. Papa.. Kan kata tak nak sanding bagai. Kenapa nak kena pilih warna?" Potong Fayyadh bagi memotong situasi yang sangat janggal itu.

"Pilih warna nak hias bilik korang la.." Jawapan Datin Maya menyebabkan Dahlia memandang muka Ibu ayahnya.

"Wait. What?! Kitaorang tinggal sekali?" Tanya mereka serentak.

"Hak-a. Lepas nikah Ana kena duduk dengan Adh.." Jawab Encik Adam tenang.

"Siapa ikut siapa?" Tanya Dahlia tidak puas hati.

"Laa.. Isteri ikut suami la." Kata-kata Puan Humaira menyababka Dahlia hampir pengsan.

"Maksudnya, Ana kena tinggal dekat rumah Fayyadh?!"

"Yup"

"Tap..."

"Okey, kita bincang hal rumah ni lain kali ye?" Potong Encik Adam.

"Okey. Korang dah pilih tarikh nikah?" Dahlia Dan Fayyadh memandang sesama sendiri. Lalu kedua-duanya menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu, kami orang tua dah sepakat. Korang akan dinikahkan 2 minggu dari sekarang. Okey?" Datin Maya berkata dengan gembira sekali.

"2 minggu lagi? Sempat ke buat persiapan? Hantaran?" Fayyadh menyuarakan kebingungannya.

"Sempat. Esok Adh dengan Dahlia pergi mall. Beli hantaran. 5 balas 7,okey? Esok Dahlia ada meeting ke apa tak?" Tanya Dato Rafiq. Risau jika Dahlia ada event lain esok. Memandangkan dia juga seorang peniaga berjaya, fahamlah dia tentang situasi Dahlia.

"Ada meeting dengan supplier esok. Dekat KLCC. Pukul 9 hingga 10 pagi." Jawab Dahlia.

"Haa.. Bagus sangat la tu. Terus beli hantaran kat sana je,okey?" Fayyadh mengangguk lemah. Datin Maya begitu gembira apabila anaknya yang semakin kurang membantah.

********************

Haish! Dah ke mana pula laki ni? Nak call number dia pulak tak ada. Haih..

Jam dikerling lagi. 10:45 a.m. Batang hidung Fayyadh masih belum kelihatan. Sedang dia berkira-kira untuk balik, belakang Dahlia dicuit seseorang. Dahlia berpusing. Disangkanya Fayyadh tetapi hampa. Orang yang mencuitnya adalah Mr. Soleh, salah seorang supplier bagi syarikatnya.

"Hey. Miss Dahlia,right?" sapanya dengan gembira.

"Oh hye! Yup that's me. U, Mr Soleh from MM Holdings ,right?" Sapa Dahlia juga.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now