"Fayyadh!" Panggil Redza. Fayyadh berpaling menghadapnya.
"Kenapa?" Tanyanya acuh tak acuh.
"Hari ni birthday Dahlia. Kau rasa kita nak celebrate dekat mana?" Fayyadh menjongketkan bahu tanda tak kesah.
"Kau ni. Buat tak kesah pula." Omel Danial.
"Buat apa aku nak kesah?"
"Dia plan birthday kau itu hari. Kau pula plan birthday celebration dia. Apalah." Balas Hakim yang baru tiba.
"Dia pun plan birthday celebration korang. Apa kata,korang buat pla?" Cadang Fayyadh. Sejujurnya,dia lupa akan hari jadi isterinya. Tak tahu pun.
"Oii! Korang buat apa?" Sergah Dayana. Di sebelahnya ada Dahlia dan Amira yang baru tiba dikelas.
"Err...tak ada apalah. Lea,kau suka colour apa?" Tanya Redza. Dahlia menaikkan keningnya.
"Entah. Semua colour aku suka." Balas Dahlia selamba.
"Tak ada colour yang kau paling suka?"
"Violet,emerald green and emerald blue. Am I right?" Jawab Mike yang entah bila berada di belakang mereka. Fayyadh mencebikkan bibir.
"Mana kau tahu?" Tanya Dahlia sambil tersengih. Mike mendekatkan bibirnya kesebelah telinga Dahlia.
"Silencer kau warna tu. Tak ramai yang akan letak warna di silencer. Malam ni,datang apartment. Tak datang,aku heret kau. Faham?" Tanya Mike tegas. Dia menarik mukanya dan mengangkat keningnya. Dahlia memutarkan bebola matanya kemudian mengangguk. Mike melangkah pergi.
"Ehh,betul ke weyh?" Tanya Dayana teruja.
"Betul apa?" Pelik dengan pertanyaan Dayana.
"Alah. Lambat pickup la kau. Betul ke kau dengan Zarif ada something? Ramai budak gossip pasal tu. Yala,kau dengan Zarif kan hotties sekolah. Betul ke?"
"Haish! Mengarutlah kau. Mana kau dapat cerita ni? Aku nak sumbat kasut aku kat mulut pencanang cerita ni. Bagitahu aku,mana kau dapat cerita ni?" Tangkis Dahlia. Dia malas untuk terlibat dengan gossip liar ni.
"Hana. Dia siap tunjuk bukti lagi."
"Bukti apa dia tunjuk?"
"Gambar. Masa tu dia nak pergi club. Then nampak kau dengan Zarif di McD. Zarif tengah lap mulut kau." Dahlia berfikir sejenak. Baru dia teringat. Ketika itu,dia ada masalah dengan Fayyadh. Kebetulan,Mike mengajaknya keluar. Dia pantas bersetuju.
"Ouh. Masa tu aku study dengan dia la. Hana tu memang. Suka sangat canang cerita tak betul." Rungut Dahlia sambil mencebikkan bibirnya.
"Eh,Cikgu dah masuk!" Tegur Redza. Mereka pantas ke tempat duduk.
"Dah tu,kenapa Zarif lapkan mulut kau?" Tanya Fayyadh marah. Dahlia memandangnya yang berada disebelah.
"Masa tengah makan,ada sos tumpah. Saya tak sedar. Lagipun,kitaorang bukan keluar berdua. Cikgu Syukri ada sekali." Fayyadh merengus kasar sebelum menumpukan perhatian ke pengajaran yang berlangsung. Apa pasal pula Cikgu Syukri ada sekali?
****************************
Ryan mengeluh kecil. Dia teringat akan penyataan doktor seminggu lepas. Seusai solat asar,dia bertawakal seketika. Hatinya perit. Terlalu banyak dosanya. Muka Dahlia menyinggah dibenak fikirannya.
"Aku banyak buat dosa pada Lea. Aku harus minta maaf. Juga pada Adh." Bisiknya perlahan. "Ya! Aku harus berbuat sedemikian." Tambahnya. Kakinya pantas menuruni katil dan melangkah ke bilik Fayyadh.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...