Fayyadh menjeling sekilas wajah Dahlia yang tampak sunggul itu. Rindunya pada sang isteri sangat membuak-buak memandangkan lebih sebulan tidak bertemu. Kini,mereka bertemu di majlis bacaan yaasin buat arwah Mike yang sudah meninggal dunia semalam. Dahlia menghapus air mata dengan jarinya.
Ya Allah! Aku berharap sangat dapat menghapus air mata itu,Aria. Tolonglah,bagi aku peluang menjadi perisau my agar kau tidak sedih lagi. Biarlah aku menjadi seorang badut yang boleh membuat my ketawa dan tersenyum. Tolonglah,Ària. Tolong!
Doa Fayyadh dalam hati. Dia amat berharap agar dapat memeluk Dahlia ketika itu. Membiarkan Dahlia menangis semahu-mahunya di dadanya. Kemudian tenang dengan nasihat dan pujukannya. Terlalu dia mahukan itu. Matanya tertacap pada pada seorang lelaki yang mendekati Dahlia.
"Assalamualaikum." Sapa Syafiq. Dahlia mendongak melihat gerangan yang menegurnya.
"Ouh,Syafiq. Waalaikummussalam." Balasnya. Suasana senyap seketika.
"Semoga arwah ditepatkan dalam kalangan orang yang beriman." Doa Syafiq. Dahlia mengangguk.
"Terima kasih sudi datang. Walaupun saya tak tahu macam mana awak tahu alamat rumah ni." Syafiq tergelak mendengar omelan Dahlia.
"Saya dapat tahu daripada Dalilah. Dia yang beritahu hal ni. Lagipun..." Dahlia memandang Syafiq apabila jejaka itu menggantung ayatnya.
"Lagipun apa?"
"Lagipun,saya dengan Mika adik-beradik susuan." Dahlia terasa rahangnya jatuh sedikit. Terkejut dengan penyataan yang baru diutarakan oleh Syafiq.
"A..adik-beradik susuan?" Syafiq mengangguk perlahan.
"Tiada sesiapa yang tahu."
"I thought, dia purely Californian. Tak tahu pula dia ada adik di sini."
"Dulu. Sebelum arwah kehilangan parents, dia ada tinggal di Malaysia. Parents dia ada masalah kewangan yang sangat serius menyebabkan dia dihantar kesini. Waktu tu,umur dia 3 tahun. Selepas 2 tahun,kewangan parents dia dah stabil,dia diambil dan dibawa pulang ke California. Beberapa tahun lepas tu,parents dia meninggal kerana dibunuh. Bonda ada cuba hubungi dia. Tapi,gagal. Saya juga ada jejaki dia. Gagal juga." Dahlia diam tidak mencelah. Dia tidak pernah mengetahui sejarah silam sahabatnya itu.
"Kemudian, saya tak sangka jodoh kami. Berjumpa di Malaysia. Sebab awak,Dahlia. Alhamdulillah. Kami sempat bertemu sebelum dia kembali ke rahmatullah." Sambung Syafiq tersenyum tawar. Dahlia juga turut tersenyum.
"Aria?" Sapa Fayyadh. Mereka berdua menoleh memandang Fayyadh yang mendekati.
"Haa. Kenapa?" Tanyanya. Fayyadh memandang Syafiq kemudian memandang Dahlia. Dahlia memahami maksud pandangan itu.
"Haidar,ni Syafiq Darween. Kawan saya. Aween,ni Fayyadh Haidar."
"Suami dia." Kata Fayyadh menegaskan 'suami' dalam bicaranya. Syafiq menghulurkan tangan untuk berjabat. Fayyadh menyambutnya sedikit lambat.
"Suami Dahlia rupanya. Saya kawan Dahlia."
"Saya tumpang rumah family dia lah selama saya keluar Bandar." Kata Dahlia datar.
"Hurm.. Yela." Kata Fayyafh seraya berlalu pergi.
"Kenapa dia macam tu?" Tanya Dahlia. Syafiq tergelak kecil. Wajah polos Dahlia yang kelihatan terpinga-pinga ditatapnya. Memang lambat tangkap. Omelnya dalam hati. Fayyadh yang kelihatan makin menjauh dipandang juga.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...