"Awak,percutian saya cancel." Kata Fayyadh semasa ingin melepasi meja Mawar sebelum memasuki biliknya. Mawar mengangkat wajahnya.
"Kenapa cancel pula? Awak pergila bercuti. Rehat. Ni tidak,kerja je memanjang." Nasihat Mawar. Fayyadh seorang yang workaholic. Jarang dia mengambil cuti. Keputusannya untuk bercuti dua hari lepas membuatkan Mawar lega sedikit. Dapatlah Fayyadh berehat.
"Saya perlu ke London. Ada meeting disana. Kali ni,saya nak awak ikut bersama." Arah Fayyadh.
"What?! Mana boleh!" Tegas Mawar. Takkan nak kongsi satu bilik. Mereka bukan mahram.
"Jangan risau. Saya tempah dua bilik." Fayyadh menenangkan Mawar. Senyuman kecil diberikan melihat Mawar yang menghela nafas lega.
"Okey. Bila?"
"Lusa. Dalam seminggu juga." Pesan Fayyadh. Mawar mengangguk lagi.
"Passport awak belum tamat tempoh,kan?" Tanya Fayyadh. Begaimana hendak ke luar negara jikalau passport tamat tempoh,bukan?
"Belum lagi. Jangan risau." Ujar Mawar seraya tersenyum manis. Fayyadh membalasnya.
Fayyadh menggeliat kecil diatas kerusi empuknya. Fikirannya menerawang ke tempat lain.
"Aku yakin dia bukan Aria aku. Tapi,macam mana dia boleh tahu banyak tentang aku?" Fayyadh mengeluh kecil memikirkan hal tersebut. Mawar adalah Mawar. Dahlia adalah Dahlia. Tegas hati Fayyadh.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk." Arah Fayyadh setelah mendengar ketukan tersebut.
"Hai." Ujar Hakim diikuti Redza,Dayana,Amira,Aidil dan Danial.
"Hahaha. Korang buat kat sini?" Tanya Fayyadh terkejut melihat kawan baiknya semua berkumpul. Redza tersengih sahaja.
"Nothing. Saja lawat kau." Kata Hakim.
"No. No. I've smelled something here. U better tell me what is it." Arah Fayyadh. Mereka berkumpul,sudah pasti ada sebabnya.
"Sebenarnya....ehh..Redza, kau cakap la." Tolak Aidil. Redza tergelak kecil.
"Kitaorang nak cakap yang....." ayat Redza tergantung. Dia memandang Amira.
"Yang?" Tanya Fayyadh tak sabar.
"Aku dengan Mira nak kahwin." Redza menundukkan kepalanya. Begitu juga Mira yang wajahnya mula kenarah-merahan.
"What?! Seriously?!" Tanya Fayyadh tak percaya. Dua orang sahabatnya yang selalu bertekak kini ingin membina masjid bersama. Sesuatu yang mengejutkannya.
"Hak-a." Balas Amira perlahan.
"Wow! Congratulations, u guys! Congrats,bro." Fayyadh menepuk lembut bahu Redza. Redza tersengih seperti kerang busuk.
"Thanks,bro. Kau bila lagi?" Tanya Redza membuatkan Fayyadh tersentak. Belakang tengkuknya diusap perlahan.
"Err... Aku.." Fayyadh mengeluh kecil. "Aku ada something nak cerita kat korang. Petang ni keluar boleh?" Tany Fayyadh. Ia dibalas dengan anggukan oleh semua.
***************************
"Okay,bro. Sekarang, kau cerita. Apa masalah kau." Ujar Hakim setelah kesemua mereka kecuali Amira dan Dayana tiba di Restoran Orange. Fayyadh menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka bicara.
"Korang ada jumpa PA baru aku tak?" Soalan Fayyadh dibalas dengan anggukan oleh mereka semua.
"Ada tadi. Mawar tak silap nama dia." Kata Aidil. Fayyadh mengangguk.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...