Chapter 69

14.8K 583 50
                                    

Fayyadh keluar daripada bilik Doktor Syaza dengan langkah longlai. Kepalanya yang masih berdenyut diurut perlahan dengan sebelah tangannya. Macam mana dia boleh ke hospital? Begini kisahnya..

***********Flashback start***********

"Uwekk!" Fayyadh memuntahkan segala isi perutnya kedalam mangkuk tandas. Sedudah itu,dia membersihkan mulutnya disingki lalu keluar. Dia menghempas tubuh sasanya keatas sofa bilik tidurnya. Entah kenapa dia berasa mual-mual dan pening sejak dua menjak ini. Redza menggosok belakang badan Fayyadh.

"Salah makan ke?" Tanyanya pada Fayyadh. Namun,pantas Fayyadh menggeleng.

"Tak mungkinlah. Aku makan apa sampai muntah-muntah? Makan makanan yang dimasak oleh maid jelah. Then, makan di restoran dengan kau. Tak pula kau muntah bagai macam aku." Rungut Fayyadh. Bibirnya juga dimuncungkan.

"Hamboi. Harapkan aku sakit ke apa?" Redza menggelng dengan sikap Fayyadh yang sedikit pelik kebelakangan ini.

"Tak lah. Tapi,mana aci aku je sakit. Kau tak sakit. Hish! Benci!" Bentak Fayyadh. Redza menaikkan keningnya pelik. Dah kenapa ayat macam tu?

"Dah buat medical checkup?" Tanya Redza. Fayyadh menggeleng.

"Perlu buat ke?"

"Kenalah! Dah muntah-muntah bagai. Macam orang mengan...." Redza terdiam. Ayatnya tergantung apabila dia terfikirkan sesuatu. Dahlia! Dia terasa seperti Dahlia sedang hamil. Malangnya,Dahlia tiada disini bagi memastikannya.

"Redza!!" Rengek Fayyadh sambil menghoncang lengan Redza. Bayangkan,orang sasa buat begitu. Redza menarik kasar tangannya.

"Hish! Aku bukan gay! Kau buat macam tu serupa gay." Marah Redza. Geli,tahu?! Fayyadh mencebikkan bibirnya.

"Kita berdua je kot kat sini. Siapa je nak judge kita bagai?!" Tanya Fayyadh tinggi. Entah kenapa dia terasa baran tiba-tiba. Sah! Rrdza begitu yakin akan spekulasinya. Dia yakin! Fayyadh terkena morning sickness. Mungkin Dahlia tidak kena. Sebaliknya,Fayyadh yang kena. Kesian kau,sahabat.

"Hish! Satu kerja pun tak gerak! Syarikat makin lingkup. Apalah pekerja aku buat sampai lingkup ni?!" Tanya Fayyadh marah melihat komputer ribanya. Redza yang malas ingin melayan terus mengorak langkah ke dapur. Mahu minum!

"Argh!!" Jerit Fayyadh tiba-tiba. Redza tersentak. Pantas dia berlari kearah Fayyadh.

"Kenapa?!" Tanyanya cemas.

"Baby ni cute sangat! Oh my god! Seriously cute!" Puji Fayyadh seraya bertepuk tangan. Redza menepuk dahinya.

"Ya Allah! Aku Ingatkan apa tadi. Kau ni! Janganlah buat orang gabra!" Marah Redza. Fayyadh memandang trepat kearah Redza. Matanya mula berkaca.

"Ehh?" Terkejut Redza melihatanya. Fayyadh menangis tiba-tiba.

"Kau ni! Janganlah marah aku!" Ujarnya diselangi tangisan yang semakin menggila. Redza cemas. Terus telefonnya diambil lalu nombor seseorang dicari.

"Kenapa,Redza?" Tanya Amira setibanya dia dirumah milik Fayyadh. Wajah cemas Redza menjamah mata.

"Sa..saya tak tahulah,awak. Fay pelik sangat. Dia muntah dan pening. Then, emo dia tak menentu. Sekarang tengah menangis didalam sebab saya marah dia." Terang Redza.

"Menangis?" Redza mengangguk. Amira tergelak kecil. "Fay menangis?"

"Ehh,sudah. Jangan gelakkan dia. Kalau dia dengar,mahu lagi lebat air mata dia. Macam mana ni?" Amira terdiam sebentar.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now