Chapter 16

19.8K 772 18
                                    

"You all balik dululah,ye?" Arah Dahlia kepada Zack dan Raf. Mereka juga sedikit terkejut melihat muka Fayyadh yang kelihatan begitu menyinga. Jadi,mereka mengangguk sahaja. Masalah rumah tanggalah tu. Ujar hati mereka. Zack dan Raf terus melangkah keluar selepas bersalaman dengan Fayyadh. Dahlia menghantar mereka hingga ke muka pintu. Seperti kebiasaan,mereka akan berlaga pipi dengan Dahlia. Itu menyebabkan Dahlia menolak Raf yang ingin membuat sedemikian.

"Sorry. Old habit die hard." Uajar Raf dengan sedikit perlahan. Dahlia mengangguk faham dan mereka melangkah pergi. Selepas pintu ditutup,Dahlia mengalih pandangan kepada Fayyadh. Dia kelihatan seperti sedang menenangkan diri. Dahlia melangkah mendekati Fayyadh.

"Err... Haidar?" Panggilnya lembut. Fayyadh tidak menyahut. Dia tahu Fayyadh sedang marah. Jadi,dia mengambil langkah untuk membiarkan Fayyadh bersendiriran seketika. Ketika dia ingin melangkah pergi,lengannya ditarik. Fayyadh memandang muka Dahlia.

"Siapa? Bila?" Tanya Fayyadh. Dahlia melarikan anak matanya daripada memandang Fayyadh.

"Err... Nanti aku cerita. But,not now. Please." Rayu Dahlia. Dia tak sanggup membuka pekung didadanya sekarang. Perasaan malu masih tebal. Fayyadh menarik nafas panjang lalu melepaskan tangan Dahlia.

"Come. Aku tunjukkan bilik aku." Ajak Dahlia. Fayyadh mengangguk lalu mengekori Dahlia daripada belakang. Mereka naik ke tingkat 2 banglo itu. Setibanya disebuah bilik,mata Fayyadh membulat. Terpegun melihat bilik yang terhias indah itu.

"Bilik kau ke ni?"

"Tak lah. Bilik Arash. Dah nama pun tuan rumah, mestilah bilik utama ni bilik aku. Cuba cari soalan yang clever sikit. Tak boleh?" Sindir Dahlia. Fayyadh hanya menjeling Dahlia. Sama macam papa. Tanya sikit,mesti perli tu lebih banyak daripada jawapan.

"Puan Aria,jawapan yang patik inginkan hanyalah ya atau tidak sahaja. Perlian tidak termasuk dalam jawapan yang patik inginkan. Tuanku faham?" Sindir Fayyadh kembali. Ambik kau. Perli aku sangatkan. Fayyadh sempat berkata dalam hati.

"Haii. Pulangkan paku buah keras nampak. Hahaha. Okey lah. Aku mengalah. Ya. Inilah kamar tidurku. Kau nak tidur mana? Sini ke atau bilik lain?" Tanya Dahlia. Risau juga suaminya tidak selesa tidur bersamanya. Fayyadh mengangkat sebelah keningnya.

"Kenapa? Awak tak selesa tidur dengan saya ke? Atau,awak takut tak dapat kawal diri awak?" Fayyadh membalas sereya mengusik isterinya. Sengihan nakal diberikan. Dahlia membulatkan mata. Terkejut mendengar penyataan Fayyadh.

"Mana ada! Hello, kau yang sepatutnya risau,tahu?! Risau tak dapat kawal diri kau! Lagi satu, aku risaukan kau je. Kalau kau tak kesah tak apalah. Dah la. Pergi mandi. Bilik air yang pintu warna biru. Aku nak turun. Masak. Nanti lepas mandi,turun makan." Sebelum melangkah pergi,Dahlia menyambung kata."Jangan masuk atau intai atau yang lain-lain seangkatan dengannya ke dalam bilik berpintu kayu coklat!" Amarannya kepada Fayyadh. Lalu,dia melangkah keluar daripada bilik. Fayyadh tergamam dengan amaran keras yang diberikan oleh Dahlia kepadanya.

"Ingat aku nak sangat ke tengok dalam tu hah?! Membebel pula dia." Sempat dia mengutuk isterinya. Dia mengambil tuala daripada dalam beg yang dibawanya bersama. Sedang dia ingin melangkah ke arah tandas,dia menarik kakinya kebelakang semula. Dia terlihat terdapat 3 pintu yang berlainan warna disebelah pintu berwarna biru yang dikatakan bilik air. Pink,oren dan coklat. Hati Fayyadh mula memberontak ingin tahu apa yang berada disebalik ketiga-tiga pintu yang lain.

"Haih.. Apalah yang berada disebalik pintu-pintu tersebut? Curiousnya!!" Fayyadh berkata. Dia lantas menggeleng-geleng kepalanya. Mengusir perasaan ingin tahu yang menggunung didalam hati. Ahh! Nanti makan,aku tanyalah dia. Kan senang? Ujarnya dalam hati. Dia terus membuka pintu berwarna biru.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now