Chapter 52

16K 606 11
                                    

"Dah lama kau duduk sini. Tak ke pejabat ke? Kerja pun buat tak tahu je." Dahlia memandang Fayyadh yang sedang asyik dengan telefon pintarnya. Fayyadh menutup telefonnya lalu menoleh kearah Dahlia yang sedang menghadap komputer riba. Hal syarikatlah tu.

"Tak apa. Ada orang lain gantikan." Balas Fayyadh selamba. Dia masih berusaha meraih kembali cinta Dahlia yang dikatakan sudah terpadam. Dahlia mengeluh. Bos. Biasalah tu.

"Kalau ye pun,kau kena juga pantau syarikat kau. Sedar diri tu. Kau tu CEO." Dahlia masih pantas menaip sesuatu. Fayyadh bangun dari perbaringannya lalu mendakati Dahlia yang berada di meja kerja didalam biliknya. Tangannya ringan sahaja. Memeluk Dahlia dari belakang. Dagunya diletak kebahu Dahlia.

"Ish! Kau buat apa ni?! Lepaslah! Aku ada kerjalah!" Marah Dahlia. Dia berusaha melepaskan pelukan tersebut. Sebelum dia sempat membuka langkahnya,Fayyadh telah pun mengunci segala pergerakkannya.

"I know all your steps,baby." Bisik Fayyadh. Dahlia merengus kasar. Tanda protes segala pergerakannya terkunci.

"Yela,yela. Aku tak buka langkah. Could u please let me go?" Fayyadh tersenyum kecil mendengar permintaan Dahlia. Dia mengangguk. Leher Dahlia dicium kecil sebelum dilepaskan.

"Buatlah kerja awak tu. Saya tak kacau." Fayyadh mengatur langkah keluar daripada bilik tersebut.

"Keluar pun." Lega Dahlia. Dia memang sedikit terganggu dengan kehadiran Fayyadh dirumahnya. Kenapa tiada sesiapa lagi yang menyerang,ye? Lama dia memikirkan hal tersebut. Tiba-tiba terasa sesuatu yang sejuk menyapa pipinya. Refleks,tangannya pantas memegang pipi.

"What the..." Pantas dia menoleh. Kelihatan Fayyadh tersengih memandangnya.

"Sorry. Sejuk sangat ye?" Fayyadh pantas mencium pipi Dahlia yang sejuk itu. Membulat mata Dahlia.

"What? Salah ke cium pipi bini sendiri?" Tanya Fayyadh dengan muka 'tak bersalah'nya. Dahlia memutarkan bebola matanya. Terus dia menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

"Minum ni. Jangan stress sangat." Fayyadh meletakkan segelas jus Oren sejuk keatas meja kerja Dahlia. Dahlia mengambilnya lalu disisipnya sedikit. Segar sikit. Fayyadh tersenyum melihatnya.

"Saya pun buat kerja juga. Awak je yang tak nampak. Saya buat kerja midnight. Line laju sikit kalau guna internet. Now, kerja saya dah siap." Terang Fayyadh. Dia tak mahu Dahlia fikir dia tidak serius dalam menjalankan tanggungjawab sebagai CEO. Cempaka Holdings. Dahlia hanya mengangguk. Walaupun tangannya ligat menaip sesuatu,telinganya ligat mendengar kata-kata Fayyadh,tetapi fikirannya masih memikirkan sesuatu. Silver Rose.

"Dekat 2 minggu kau disini. Tak nak balik ke?" Tanya Dahlia mengalih topik. Fayyadh menggeleng.

"Isteri saya disini,saya pun setia disini." Fayyadh sempat mengenyitkan matanya. Dahlia membuat muka menyampah melihatnya.

Ding! Dong!

Mereka menoleh kearah pintu serentak.

"Siapa pula yang datang?" Tanya Fayyadh pelik. Dahlia menggelng. Dia tak jemput tetamu pun.

"Jomlah tengok." Ajak Fayyadh. Dahlia mencapai instant shawl lalu disarung beserta sweater. Mereka beriringan kepintu.

"Err,kenapa ya?" Tanya Fayyadh sejurus selepas membuka pintu. Kelihatan beberapa orang yang berjubah putih dan bersongkok.

"Kami daripada Jabatan Agama Islam. Kami mendapat aduan daripada penduduk setempat bahawa disini ada yang bersekedudukan. Boleh kami periksa?" Tanya salah seorang. Fayyadh menaikkan sebelah keningnya.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now