Fayyadh mengeluh kecil memandang kerusi losing disebelahnya. Sejak malam mereka 'bersama',hampir 4 hari sudah Dahlia tidak memunculkan diri. Peperiksaan trial SPM akan berlangsung tak lama lagi. Cikgu Asmah ada bertanya kepadanya ke mana Dahlia menghilang.
"Ehh,Fayyadh? Apa pasal mendung je aku tengok kau ni?" Tanya Redza. Fayyadh menggeleng sahaja. Tiada mood hendak bercakap dengan Redza.
"Ehh,korang! Korang tahu tak, parents Dahlia meninggal?!" Tanya Aqil cemas. Seisi kelas senyap serta-merta.
"Eh,kau biar betul,Aqil?" Tanya Damia.
"Betul! Tadi aku nampak ada polis datang sekolah. Cari Dahlia." Terang Aqil lagi. Fayyadh tergamam.
"Ehh,Fayyadh. Betul ke?" Tanya Amira berbisik. Fayyadh mengangkat bahu.
"Aku tak tahu. Aku dah lost contact dengan dia sejak tiga hari lepas." Dia bangun mendekati Mike. Bahu Mike dicuit.
"Apa kau nak?" Tanya Mike.
"Kau ada contact dia tak?" Mike menggeleng kecil. Fayyadh mengeluh kecil. Dia ketandusan idea hendak mencari Dahlia.
"Assalamualaikum,semua." Seorang lelaki berbadan tegap dan berkulit sawo matang datang menjengah ke dalam kelas. Kesemua mereka menoleh kearah lelaki tersebut.
"Ye,encik. Boleh kami bantu?" Tanya Aqil sebagai ketua kelas.
"Saya Inspektor Rashid. Saya ke sini hendak mencari orang yang bernama Tengku Nur Dahlia Ariana binti Tengku Adam Harris. Dia ada?" Aqil menggelengkan kepalanya.
"Dia tidak menghadirkan diri ke sekolah sejak 5 hari lepas,encik." Jelas Rosliana. Inspektor Rashid mengangguk kecil.
"Kalau macam tu,boleh saya tahu siapa ada jumpa dia dalam 4,3,2 dan 1 hari semalam?" Soalan itu tidak dijawab sesiapa. "Saya benci penipu. Sila mengaku." Ujarnya tegas. Sekali lagi,tiada balasan. Inspektor Rashid mengeluh kecil."Kalau macam tu,saya nak panggil dua orang penipu ni teruslah kot."
"Siapa?" Tanya Syasya kepada Dayana. Ia dibalas dengan gelengan sahaja.
"Tengku Muhammad Fayyadh Haidar dan Ahmad Zarif Mikael. Sila keluar dan ikut saya." Fayyadh terkejut namanya dipanggil. Mereka saling berpandangan. Mike bangun diikuti Fayyadh dan mengekori Inspektor tersebut.
"Kenapa kami diapnggil?" Tanya Mike tenang. Inspektor Rashid tersenyum sinis.
"Usah berdalih. Saya dapat laporan,kamu berdua ada berjumpa dengan Dahlia 4 hari lepas." Fayyadh mengeluh mendengar penyataan lelaki dihadapannya.
"Ye,betul. Saya ada jumpa dia 4 hari lepas. Dia jumpa saya. Mengadu ada masalah. Kami kawan baik."
"Kamu pula?" Tanyanya kepada Fayyadh pula. Inginkan penjelasan.
"Kami jumpa 4 hari lepas. Kami bergaduh. Hal rumahtangga." Jawab Fayyadh selamba.
"Wait. Dalam rekod tiada menunjukkan kamu ada pertalian." Fayyadh membuka dompetnya dan mengeluarkan sekeping kad. Dihulurnya pada Inspektor Rashid.
"Itu kad nikah kami. Kami bergaduh. Dia keluar rumah,tak balik sanpai sekarang." Jelas Fayyah. Kad nikahnya dipulangkan.
"Okey,kamu berdua boleh pulang ke kelas sekarang." Arah Inspektor Rashid. Mike dan Fayyadh melangkah pulang ke kelas.
************************
"Mama? Kita ke rumah orang tua Dahlia,jom?" Ajak Fayyadh. Datin Maya mengangguk.
"Memang kita akan kesana. Kamu pergi bersiap cepat. Orang tua Dahlia meninggal." Arah Dato Rafiq. Fayyadh terus naik ke biliknya. Dia berharap boleh berjumpa Dahlia nanti.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomantiekDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...