Chapter 57

15.4K 610 54
                                    

Fayyadh melangkah masuk ke balai berlepas tepat pada jam 1 pagi. Wajah Syasya yang kelihatan manis itu ditatap sekejap. Dia sememangnya merancang untuk ke London bersama Syasya.

"Hai,sayang. Kenapa lambat?" Tanya Syasya manja. Fayyadh tersenyum sahaja. Dia tidak terasa gediknya sebaliknya dia menganggapnya sebagai ayu.

"Sorry. Ada hal sikit tadi." Balasnya. Syasya mengangguk sahaja. Itu yang membuatkan hati Fayyadh berbunga. Dia terasa Syasya seorang yang terbuka dan memahami. Sebaliknya Syasya menyumpah seranah Dahlia yang mengambil masa yang lama bersama Fayyadh.

"Jomlah. Flight kita dah sampai." Mereka berbalas senyuman dan beriringan ke balai berlepas dengan mengangkut beg masing-masing.

"Kalau itu yang buat awak bahagia,saya redha." Kata Dahlia yang bersembunyi disebalik tembok itu. Dia melihat semua adegan antara Syasya dan Fayyadh tadi. Air mata mulai jatuh tetapi pantas diseka olehnya dengan belakang tangan. Mangkuk tingkat yang dibawanya tadi dipandang. Dia datang untuk memberikannya pada Fayyadh sebagai bekalan. Tak sangka pula Fayyadh sudah pun menjalin hubungan dengan orang lain sebelum melepaskannya.

"Tak apa. Tak apa. Dia layak bahagia bersama orang lain yang lebih selamat dan tidak terlibat dalam dunia yang gelap serta berbahaya seperti aku." Dahlia redha.

************************

"Kau okey tak ni?" Tanya Mike setelah Dahlia tiba diapartmentnya bersama Rina. Dahlia mengeluh perlahan. Dia mengangguk sahaja. Malas ingin membuka cerita. Mike menggelengkan kepalanya. Sebenarnya,dia sudah tahu perkara yang sedang bermain sidalam fikiran wanita dihadapannya.

"Kalau tak okey,tolonglah cerita. Sekurang-kurangnya dapatlah tenang sikit. Dah, sekarang cerita dekat aku." Pujuk Mike.

"Aku cakap aku okey,aku okeylah! Jangan nak campur tangan dalam urusan aku bileh tak?!" Dahlia pantas berdiri meninggalkan Rina dan Mike yang tercengang dengan tindakkannya. Dia haru mencari ketenangan sebentar. Telefon pintarnya dicapai lalu pantas mencari nama seseorang. Melihat nama yang dicarinya,dia sentuh nama tersebut. Pamtas telefon disua ke telinganya.

Tut.. Tut.. Tut..

Dengan tiga deringan,talian tersebut disambung.

"Hello,Prince. Really miss u. ... No,I'm not lying. ... Hahaha. I also miss u to sleep with me. ... What? Am I have any problems? No. ... Not your business, baby. .... Well,okey. ... Love u. ... Don't forget to eat all your medicine on time,okay? ... Promise me,baby. ... Okay,love u more. ... Muahh."

Dahlia menamatkan perbualannya bersama orang yang amat dicintainya. Senyuman mula terbit dibibirnya. Double F sememangnya menjadi penawar hatinya. Dahlia berjalan menuju kekereta Lamborghininya dan memandu membelah jalan raya yang kini sunyi. Dia mahu ke tempat itu.

*******************************

"Awak okey?" Tanya Fayyadh prihatin. Syasya tersenyum tenang dan mengangguk. Mereka sekarang berada disebuah pantai diLondon. Mereka berjalan seiringan dipersisiran pantai.

"Ouch!" Syasya meringis sedikit. Fayyadh panik dengan keadaan itu.

"Eh,awak okey tak ni?!" Fayyadh segera memapah Syasya ke sebuah bangku yang berada tak jauh daripada mereka. Syasya mengangguk sahaja. Dari semalam dia pening-pening dan mual.

"Kita ke hospital,ye?" Cadang Fayyadh. Syasya terpaksa mengangguk dan bangun menuju kehospital dengan dipimpin oleh Fayyadh. Senyuman disimpan didalam hati.

"Jim. Boleh jalan tak?" Syasya mengangguk lagi.

"Boleh je. Saya pening je. Bukan apa pun." Mereka keluar daripada kereta dan mengambil nombor giliran.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now