"He did...what?!" Memerah terus wajah Raf mendengar khabar yang diberi oleh Irwan.
"Aku tak pasti kesahihannya. Tapi,dari semua maklumat yang aku kumpulkan,aku buat kesimpulan Fayyadh memang ada affair dengan gadis tersebut." Terang Irwan. Raf meraup kasar wajahnya. Tertekan memikirkan keberadaan Dahlia kini.
"So, any information about her? Tahu mana dia?"
"Sorry,boss. Kitaorang pun tak dapat jejak dia. You know her well. Better than us. Dah sah-sah susah nak jejak dimana dia sekarang." Raf mengeluh. Bukan dia tak tahu dengan perangai Dahlia yang pandai menyembunyikan diri. Jangankan dirinya, telefon pintarnya juga bijak dia padam daripada data dan radar.
"Tak apalah. Masalah Ace biar aku handle. Aku nak kau cari maklumat lebih detail tentang wanita tersebut. I want it on my desk by Thursday." Arah Raf. Irwan mengangguk mengerti.
"Okay, no problem. Kau nak buat apa?" Tanya Irwan pelik. Raf mengukir satu senyuman yang tidak dapat ditafsir oleh sesiapa pun.
"Just wanna say 'hye'." Balasnya. Orwan mengangguk sebelum melangkah keluar. "Maybe." Tambah Raf lagi selepas kelibat Irwan hilang daripada pandangan.
*******************************
Tok! Tok! Tok!
Dahlia pantas mencapai selendang lalu dililit pantas pada kepalanya.
"Dahlia?" Wajah bonda tersembul dimuka pintu.
"Ehh,bonda!" Dahlia segera mendekati pintu bilik itu. Tangan bonda segera digamit lalu dikucupnya penuh kasih. Bonda tersenyum melihat tindak-tanduk wanita muda ini. Kepala Dahlia yang dilapisi selendang diusap lembut.
"Masuklah,bonda." Pelawa Dahlia. Bonda meloloakan diri kedalam lalu mengambil tempat dibirai katil. Wajah Dahlia ditatap lama.
"Kenapa,bonda?" Tanya Dahlia pelik apabila ditenung sedemikian. Bonda tergelak kecil. Dahlia semakin tidak mengerti. Tadi tenung muka aku lama-lama,sekarang ketawa pula? Kenapa ni?
"Jangan risau,Dahlia. Bonda cuma kagum dengan rupa paras Dahlia sahaja. Cantik." Puji bonda. Dahlia tertunduk malu.
"Malangnya,hati tak secantik wajah,bonda." Senyuman tawar terukir pada bibir kecil Dahlia. Bonda terhidu sesuatu yang sedang bermain dalam fikiran anak muda ini. Tangan Dahlia diusap lembut. Serentak itu,air mata Dahlia gugur membasahi pipi. Bonda hanya tersenyum sahaja. Senyuman ikhlas yang begitu menenangkan.
"Dahlia boleh cerita apa sahaja,nak." Pujuk bonda. Dahlia mula teresak-esak.
"Bonda." Panggil Dahlia dalam sedunya.
"Ya,sayang?"
"Kenapa orang sebaik bonda dipertemukan dengan orang sejahat saya? Kenapa orang sebaik bonda perlu menanggung beban kerana saya? Saya jahat,bonda! Saya jahil! Saya kejam!" Bonda masih setia mendengar luahan Dahlia. Belakang badan Dahlia diusap lembut.
"Siapa cakap Dahlia jahat?"
"Sebab bonda tak tahu siapa saya sebenarnya. Kalau bonda tahu,adakah bonda akan menerima saya? Tangan ni!" Tangan putih milik Dahlia ditayangkan. "Tangan ni banyak membuat dosa,bonda! Tangan ini banyak digunakan bagi tujuan yang salah! Apa sebab saya masih hidup di alam in,bonda? Kenapa orang sejahil dan sejahat saya diberi peluang hidup dengan lwbih lama sedangkan orang yang beriman dan beramal soleh dapat menikmati kehidupan sekejap sahaja?" Tanya Dahlia seraya mengalirkan air mata. Dia jahil! Dia jahat! Kenapa dia masih di bumi ini? Layakkah dia?!
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...