Chapter 39

15.5K 619 36
                                    

6 tahun kemudian...

"Tengku?"

"Ya,Misya. Kenapa?" Tanya Fayyadh kepada Armisyah atau dipanggil Misha sahaja.

"Tengku dengar tak apa yang saya cakap?" Fayyadh memandang Misya pelik. Dia ada cakap apa-apa ke tadi? Fayyadh menggeleng sahaja. Misya mendengus.

"Saya cakap,tengku ada meeting dengan syarikat Bintang Berhad tentang urusan jual beli tanah di Melaka untuk membuka mall baharu." Misya menjawab geram. Fayyadh mengangguk bersahaja.

"Okay,then. Nanti saya pergi. Di Hilton Hotel,bukan?" Misya mengangguk pantas. Lama Misya berdiri dihadapan Fayyadh menyebabkan Fayyadh memandang Misya pelik kesekian kali.

"Anything else?" Tanya Fayyadh. Misya mengeluh perlahan.

"U lupa ke tentang persiapan perkahwinan kita?" Tanya Misya. Fayyadh terasa darahnya menggelegak. Fayyadh memandang Misya yang hanya memakai skirt paras peha dengan kemeja sendat. Fayyadh meluat serta-merta.

"Bila masa I cakap I nak kahwin dengan u?" Tanya Fayyadh acuh tak acuh tanpa memandang Misya dihadapannya dan hanya fokus pada skrin komputernya sahaja.

"U!!!" Misya merengek manja. Tangan Fayyadh diatas meja digoyang-goyang manja. Fayyadh memutarkan bebola matanya tanda menyampah.

"Apa u nak?! Sesuka hati je pegang-pegang tangan aku! Kau bukan macam Aria! Kau dah lah bukan muhrim aku! Macam perempuan jalang buat perangai macam tu." Misya mencebikkan bibirnya. Geram dengan sikap Fayyadh itu.

"Kita dah tunang,kan? Tak lama lagi I jadi muhrim u juga." Misya berkata lalu melangkah keluar dari bilik Fayyadh.

"Never!" Bentak Fayyadh marah. Mukanya diraup kasar. "Aria. Kalaulah awak ada sekarang ni. Mesti awak boleh tenangkan saya." Fayyadh mula membayangkan Dahlia memeluknya erat bagi menurunkan tahap amarahnya. Fayyadh terus mengeluh. Rantai pemberian Dahlia ditanggalkan lalu dipandang lama.

***************************

"Aria. Aria. Aria. Dua puluh empat jam asyik menyebut nama perempuan yang dah mati tu. Entah apalah hebatnya bini dia yang dah mati tu berbanding aku. Hish!" Rungut Misya. Hampir 2 tahun mereka bertunang. Fayyadh masih tidak menunjukkan tanda-tanda menerima dirinya.

"Cik? Fayyadh ada didalam?" Tanya seseorang menyentakkan lamunan Misya. Dia sedikit gelabah.

"Ouh ya. Tengku ada di dalam. Cik ada buat appointment ke?" Tanya Misya sedikit malas. Ditenungnya perempuan dihadapannya kini. Berbaju kurung moden berwarna biru beserta shawl berwarna pink. Mukanya bebas dari sebarang alat solek. Awek Fayyadh ke? Take lawa langsung. Hina Misya dalam hati.

"Saya Nurul Amira. Saya tak buat any appointments pun. Tapi,Adh yang suruh saya datang." Balas Amira bersahaja. Matanya meneliti gadis dihadapannya. Skirt hitam pendek paras peha. Kemeja putih sendat sampai nampak bra. Ni ke tunang Fayyadh?

"Kalau tiada appointment, cik tak dibenarkan masuk. Cik boleh keluar sekarang. Atau saya panggil security." Balas Misya geram. Ada hati nak jumpa tunang aku?! No way!

"Suka hatilah. Saya call Fayyadh." Amira pantas mendail nombor Fayyadh.

"Hello." Fayyadh menjawab dihujung talian.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now