Dahlia menjejakkan kaki kedalam kelasnya setelah 2 bulan menghilang. Suasana kelas menjadi senyap serta-merta. Mata rakan sekelasnya membulat memandang kehadirannya. Dahlia juga sempat menangkap pandangan mata Fayyadh yang merenungnya tidak percaya.
"Dahlia!!!" Jerit Syasya menghentikan suasana senyap tadi. Syasya berlari kearahnya dan pantas mendakapnya erat. Dahlia membalas dakapan tersebut. Air mata kelihatan seperti mahu gugur.
"Hai,Syasya." Sapa Dahlia aelepas pelukan dilepaskan.
"Welcome back,Dahlia!" Ucap Kamal sambil tersengih. "Rindu nak usyar kau." Sakatnya lagi. Dahlia tersenyum senget.
"Tak perlu usyar sangat. Pandang je terus!" Balas Rais. Dahlia menggelengkan kepalanya. Kakinya melangkah ke tempat duduk Amira. Bahu Amira dicuit.
"Weh,tukar tempat dengan aku,boleh?" Pinta Dahlia. Amira menjongket kening sebentar sebelum mengangguk setuju. Faham dengan situasi yang dialaminya. Dia bangun dan duduk ditempat Dahlia.
"Dahlia!" Ujar Syakir teruja seusai Dahlia melabuhkan punggung diatas kerusi Amira. Dahlia tersenyum manis. Tiba-tiba Dayana datang menerpa.
"Kenapa tak nampak pun kat perhimpunan tadi?" Tanya Dayana pelik.
"Tadi aku ke pejabat. Lapor diri."
"Kau pergi mana sebenarnya dua bulan menghilang?" Tanya Aqil serius. Dia kurang senang Dahlia menghilangkan diri sedangkan peperiksaan pertengahan tahun bakal berlangsung tak lama lagi.
"Chill,man. Aku bukan ponteng la."
"Habis tu,kau ke mana? Dua bulan tak hadir ke sekolah?"
"Aku sertai Program Pertukaran Pelajar ke Jepun. Sebab tu Cikgu Asmah pun buat derk je aku tak datang." Terang Dahlia.
"Exchange Students to Japan?!" Tanya Damia lantang sehingga menarik perhatian rakan sekelas yang lain.
"Hak-a. Aku bukan poteng. Aku bukan menghilang. Aku ke Jepun menjayakan program tersebut." Dahlia tergelak melihat reaksi teman sekelasnya.
"Bila kau terpilih? Kau pergi dengan siapa? Siapa lagi ikut? Bila kau fly? Kenapa tak ada seorang pun kau inform? Kau tak ingat kami ke?" Tembak Danial bertubi-tubi.
"Okey. Aku jawab satu-satu. Aku dapat tawaran masa last day aku sekolah dua bulan lepas. Aku pergi dengan beberapa orang student daripada sekolah lain. Aku seorang sahaja daripada sekolah ni terpilih. Aku fly sehari selepas dapat tawarn. Aku inform Cikgu. Aku ingat korang semua. Terutama kau,Danial." Jawab Dahlia satu persatu. Diakhirnya dia sempat memujuk Danial yang merajuk. Gedik! Nasib baik aku sayang. Desis hatinya. Da ial tersenyum bangga.
"Okey. Sebabkan kau ingat terutama aku,aku maafkan kau." Ujar Danial dengan nada bangga. Dahlia tergelak besar.
Ya Allah! Rindunya aku dengan tawa itu. Rintih Fayyadh dalam hati. Dia hanya mampu memerhatikan Dahlia daripada jauh sahaja. Amira sedar situasi itu.
"Tak mahu cakap dengan dia? Pergilah. Turukan ego kau sikit. Aku tahu kau rindu dia." Pujuk Amira perlahan. Fayyadh menunduk. Teringat tentang apa yang pernah dikata oleh Ryan,dia pantas menggeleng.
"Aku tak mahu. Dia curang dengan aku,Mira. Dia curang." Balas Fayyadh juga berbisik. Amira mengeluh kesal. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Matanya terpandang Mike yang mendekati Dahlia.
"Asal balik tak inform?" Tanya Mike perlahan sambil melabuhkan punggung diatas kerusi kosong disebelah Dahlia. Dahlia tersengih.
"Buat apa nak inform kat kau?"
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...