"Adh! Kau mabuk lagi?!" Tengking Razin yang terlihat Fayyadh berjalan terhuyung-hayang diruang tamu.
"Diamlah kau!" Marah Fayyadh.
"Subhanallah! Apa nak jadi dengan kau ni,Adh?!" Tanya Raziq yang muncul dibelakang Razin.
"Mama dan papa meninggal, making menjadi-jadi perangai kau,kan?" Marah Razin memandang Fayyadh yang sedang memejamkan matanya. Keluhan kecil dilepaskan.
"Aria. Aria. Aria." Panggil Fayyadh dalam mabuknya. Razin dan Raziq berbalas pandangan.
"Dia teringatkan Ana lagi." Keluh Rina. Pinggang suaminya dipeluk. Raziq mengusap lembut bahu Rina yang hampir menitiskan air mata.
"Sabar,sayang. Segala yang berlaku,pasti ada hikmah disebaliknya." Pujuk Raziq. Kepala Rina dicium perlahan. Tahu akan isterinya yang teringatkan Dahlia.
"Biarkan dia berehat." Razin mengarah. Dia melangkah semula memasuki biliknya. Raziq juga menarik lembut lengan Rina meninggalakn Fayyadh seorang diri di ruang tamu rumah mereka. Fayyadh yang masih mabuk akhirnya tertidur.
**************************
"Assalamualaikum,Tuan." Sapa aeorang gadis. Fayyadh yang tadi leka menyiapkan kerjanya memandang gadis tersebut. Matanya menilik gadis tersebut. Dia memakai baju kurung kain kapas berwarna hijau berbunga merah hati dengan tudung bawal juga berwarna merah hati. Wajahnya cantik tanpa seoles makeup. Kecantikan semula jadinya membuat Fayyadh terpukau sebentar.
"Ehem.." Gadis tersebut berdehem sedikit. Fayyadh tersedar lalu melemparkan senyuman.
"Waalaikumussalam. Boleh I tahu u ni siapa?" Tanya Fayyadh professional.
"Nama saya Mawar Adriana. PA baru tuan." Perkenal Mawar. Fayyadh memandang muka Mawar. Entah kenapa hatinya berdetak laju.
"I Tengku Muhammad Fayyadh Haidar. Jangan panggil I 'tuan',ia buat I terasa tua sangat. Panggil I 'tengku'. Itu dah memadai." Fayyadh tersenyum memandang Mawar yang mengangguk faham. Wajahnya sangat polos. Fikirannya melayang teringatkan Dahlia. Adakah dia dihantar untuk menggantikan Aria,ya Allah? Jika benar,aku redha.
"Tengku ada mesyuarat pada jam 3 petang. Di hotel Grand Jewel bersama dengan syarikat Azar Kompeni." Mawar memaklumkan hal tersebut. Fayyadh mengangguk faham.
"U ikut I." Fayyadh mengarah. Mawar mengangguk lalu keluar dari bilik Fayyadh. Fayyadh mengeluh perlahan. Kenapa dia terasa lain apabila bersama Mawar? Aura Mawar sama seperti Dahlia.
****************************
"Encik nak makan apa?" Tanya pelayan di restoran itu. Fayyadh memandang menu ditangan. Dia membuka mulut untuk membuat pesanan. Tetapi dipotong oleh Mawar.
"Chicken lasagna for him and beef lasagna for me." Pesan Mawar. Fayyadh memandangnya kagum. Bagai mana dia boleh mengetahui kegemarannya?
"Air?" Tanya pelayan itu lagi.
"Chocolate mocha and peach passion for me." Pesan Mawar lagi. Fayyadh tersentak lagi. Macam mana dia tahu itu juga? Matanya merenung Mawar yang sedang membelek telefon bimbitnya dengan tangan kiri. Sama macam Aria aku.
Ketika makanan tiba,Fayyadh sejali lagi memerhatikan gerak-geri Mawar. Mawar menambah daun basil diatas permukaan lasananya. Sama macam Aria aku! Fayyadh mula tak keruan. Apa maksud semua ni?
"Tengku?" Panggil Mawar.
"Ke..kanapa?"
"I think the word suppose to be mine. Kenapa? Ada masalah ke?"
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...