Chapter 30

18.3K 699 4
                                    

Gedegang!!

Keempat-empat jejaka yang sedang elok bersantai menjadi terkejut. Pistol pantas diacu pada Dahlia yang memerah mukanya.

"Ace rupanya. Ingatkan siapa tadi." Kata Azim seraya menurunkan pistolnya yang diacu tadi. Mereka yanh lain mencermin tindakkan Azim.

"Kau buat apa di sini? Tak reti nak ketuk pintu? Nasib baik tak berlubang kepala kau." Omel Zaki pula. Dia menyambung pembacaan majalah Glamnya.

"Jake mana? Bosses mana?" Tanya Dahlia dengan nada yang sedaya-upaya dikawal agar tidak kedengaran bergetar. Mike memandangnya pelik.

"Zack ada hal di Florida. Raf pergi California. Ada budak buat hal. Jake aku tak tahu. Hilang dari radar." Balas Mike.Disebabkan kedududkannya paling hampir dengan Dahlia,dia mengesan sedikit getaran. Pantas dia berdiri mendekati Dahlia."And now,aku nak kau bagitahu aku,apa jadi?"Mike menikam anak mata Dahlia. Dahlia segera melarikan pandangan.

"Nothing." Jawab Dahlia. Mike pantas menarik Dahlia dan memeluknya erat. Dahlia pada mulanya ingin menolak pelukan tersebut. Tetapi,terasa selamat pula dalam pelukan Mike. Tangisan mula memenuhi ruang apartment.

"Apa hal tu?" Tanya Irwan berbisik.

"Ish! Diamlah! Adalah hal tu." Marah Azim apabila Irwan blur dengan keadaan sekeliling.

Setelah beberapa ketika,Dahlia menolak tubuh Mike. Mukanya ditundukkan. Malu mahu menunjukkan mukanya yang baru habis menangis. Mike memahami situasi itu pantas membuka jaket kulitnya. Ditutupnya kepala Dahlia agar muka Dahlia yang merah dan sembab boleh disembunyikan.

"Aku nak tidur sekejap. Thanks." Ujar Dahlia seraya melangkah memasuki sebuah bilik. Pintu bilik ditutup dan kedengaran bunyi dikunci dari dalam. Mike mengeluh kecil. Dia kembali melabuh punggung me atas sofa. Mereka memandangnya dengan pandangan tidak percaya dan......kagum.

"Apahal korang pandang aku macam tu?" Tanya Mike malas.

"Kau orang pertama yang Ace balas pelukan! Gilalah kau! Macam mana kau buat? Selalunya,kalau ada yang offer pun,dia sanggup masuk bilik air,tahu?"

"Orang pertama?" Suami dia tak pernah peluk dia ke? Tanyanya dalam hati. Eh kejap. Diaorang mana tahu tentang perkahwinan Ace.

"Hak-a. Selain bosses."

"Jake pun? Aku tengok macam anjing dengan kucing je."

"Haa. Tu kau tak tahu. Meh sini aku cerita." Azim berdehem seketika."Ehem. Walaupun Jake tu selalu tikam lidah dengan Ace,Jake tu orang pertama yang dia cari kalau dia ada masalah. Buktinya,tadi siapa yang dia tanya dulu? dia tanya Jake,kan?"Mike mengangguk laju.

"Kenapa? I mean, kenapa dia tolak orang lain?"

"Sebab,dia nak berubah. Diakan dah bertudung sekarang. Perlakuan tu pun kena lah ubah. Biar selari dengan penampilan. But,well. As usual,bad habbits die hard." Jawab Irwan dingin.

"Dulu,dia tak bertudung ke?" Mareka bertiga mengangguk.

"Kau je budak baru. Kau tahu? Ada satu tabiat yang susah gila dia nak buang. Dia dengan bosses akan berlaga pipi bila berjumpa dan sebelum balik. Sedar tak?" Pertanyaan daripada Zaki dibalas dengan anggukan. Mike mula berfikir-fikir. Dah tu,kenapa dia balas pelukan aku? Kenapa tadi dia....

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now