Chapter 56

16.2K 594 34
                                    

"Silver Rose macam tak aktif je sekarang." Komen Zack. Raf mengangguk sertuju. Hampir sebulan Silver Rose tak mengambil tindakkan apa-apa.

"Ace kata hidup dia dengan Fayyadh pun aman je lately ni." Jake menyisip sedikit air soda selepas berkata.

"Pelik." Raf mengurut dagunya. Dia terasa ada sesuatu yang besar sedang dirancang.

"Diaorang rancang untuk ambil alih Cempaka Holdings dari Fayyadh sekaligus menyeksa Ace." Razin yang datang menyauk dipandang sekilas oleh Raf. Rina juga mengambil tempat disebelah Jake dipenthouse milik Zack itu.

"Mana kau cekup maklumat ni?" Raf bertanya sambil membuka fail yang diberi oleh Rina tadi.

"Aku hack komputer diaorang." Selamba Razin berkata.

"Sejujurnya,aku risau Fayyadh la. Dia bukan jenis pandai jaga diri sangat." Rina menyuarakan kerisauannya. "Walaupun dia pandai handling gun." Tambahnya lagi.

"Don't worry. Ace ada dengan dia sekarang." Mata Razin membulat mendengar Jake.

"What?! The h**k,Raf! I've told u to separate Ace and Adh apart!" Marah Razin. Dia risau adiknya terperangkap lebih jauh lagi kedalam dunia mafia ini. Rina juga sedikit terkejut mendengarnya. Dia baru tahu berita tentang Dahlia pun secara tidak sengaja apabila sedang memasak didapur. Dia terdengar perbualan antara Raf dan Razin tentang Dahlia. Tak sangka Dahlia mampu bertahan selama itu. Tiga tahun bukan sekejap.

"Tanya adik kau. Dia yang heret Ace,tahu? Punyalah Ace call kitaorang mengadu." Kata Zack disambut dengan tawa Jake. Dia juga mendapat aduan tersebut.

"Dia tahu tentang Double F?" Raf mengangkat bahu.

"Sebulan putus contact. Fayyadh sekat pergaulan Ace. Dia kurung Ace." Raf menunduk sedikit. Walaupun marah dengan sikap Fayyadh,Dahlia pernah memberinya amaran agar tidak sesekali mencampuri urusan rumahtangganya.

"Adik aku kurung Ace? Macam mana Ace boleh terkurung. Jangankan rumah, peti besi pun dia boleh buka." Razin tergelak kecil. Dia tak risau sangat tentang keselamatan Dahlia memandangkan adik iparnya seorang yang kuat. Raf juga tergelak sama.

"Patuh arahan suami katanya."

***************************

"Fayyadh. Kau tak rasa bersalah ke buat isteri kau macam tu?" Tanya Amira apabila mereka bersua muka. Fayyadh mengurut pelipisnya sebentar.

"Aku bukan sengaja. Aku..aku tak boleh tahan dengan kecurangan dia." Adu Fayyadh. Dia tak malu mengadu masalahnya pada Amira memandangkan wanita tersebut sememangnya memahami dirinya.

"Kau ingat tak peristiwa enam tahun lepas?"

"Peristiwa apa?" Amira menggeleng berkali-kali.

"Masa kau tuduh dia mengandung tu la." Fayyadh tersentak.

"Ke..kenapa dengan hal tu?"

"Kau buat perkara sama,Fayyadh. Kau kurung dia. Kau bencikan dia. Kau hina dia. Aku tak faham kenapa kau perlu ulang kesilapan kali kedua."

"Aku nampak kecurangan dia,Mira. Ada phone contact yang diletak nama 'Double F'. Dia sendiri gelarkan orang itu 'sayang'. Apa kau nak aku buat lagi?"

"Kau ada tanya dia tentang tu?" Fayyadh mengangguk. Sudah dia tanya berulang kali.

"Dia jawab orang lain. Tapi,dia memang sayangkan orang itu."

"Kau tanya dia apa? Aku tak fahamlah dengan perkara ni."

"Aku tak kesah! Aku tak tahu nak biat apa sekarang ni." Fayyadh meraup mukanya kasar. Runsing mamikirkan tindakkan yang wajar diambil.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now