Chapter 23

18.2K 692 4
                                    

California.

Dahlia mengelap darah yang terpecik disepanjang pipinya dengan belakang tangannya. Pantas dia memandang Jake yang sudah tersengih nakal.

"Damwit,Jake!" Marah Dahlia. "Alert la aku dulu. Ni tidak,main tembak je. Habis terpercik darah kat aku. Siapa susah? Aku juga perlu hilangkan kesan ni." Bebel Dahlia lagi.

"Kau sepatutnya alert setiap masa. Kau tu Ace. Kalau kau tak alert,nyawa kau akan melayang sekelip mata je." Balas Jake sambil tangannya mengimpan pistol dibelakang jeans yang dipakainya. Dahlia mencermin tindakkan Jake. Pistol itu disimpan dengan kasar. Matanya melihat tubuh yang sudah tidak bernyawa dihadapannya. Jake menarik tangan Dahlia dan membenamkan kepala Dahlia ke dadanya. Tidak mahu Dahlia terus menatap si mati.

"Macam mana kerja? Settle?" Tanya Raf yang muncul daripada pintu. Matanya terus tertacap pada wajah Dahlia yang sedikit kemerahan. "Kenapa ni?" Tanya Raf sambil mendekati Dahlia. Dahlia mengangkat wajahnya.

"Tak de apalah. Jake tembak tak alert I. Darah memancut kearah I." Jawab Dahlia tenang. Raf mengangguk sahaja.

"Nanti baju tu beri Zack. Biar dia uruskan. Kau,Jake. Agak-agaklah nak bunuh pun." Pesan Raf kepada Dahlia. Sempat dia menegur Jake. Jake membuat muka selambanya sahaja.

"Tak kesah. Target eliminate with 3 shots." Beritahu Jake kepada Raf. Raf yang ralit memandang si mati mengangguk kecil. Matanya dingin tanpa perasaan. Lain pula dengan Dahlia yang sedikit tidak selesa. Walaupun sudah beribu kali melihat mereka membunuh,Dahlia tetap tidak boleh menyesuaikan diri. Dia tidak pernah membunuh pun.

"Nanti suruh budak kita buat clean up. Make it smooth. Aku tak nak ada orang sedar." Arah Raf kepada Jake. Jake mengangguk dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dahlia hanya memandang wajah Raf.

"Siapa dia?" Tanya Dahlia. Raf mengeluh kecil. Matanya yang tadi dingin bertukar kepada serba salah. Dahlia memaut lengan Raf dan mengusapnya lembut. Tahu tekanan yang dialami Raf sebagai ketua kumpulan. Perasaan serba salah ketika membunuh perlu dibendung bagi melaksanakan misi. Raf memandang Dahlia lembut. Wajah Dahlia itulah penenag amarahnya. Wajah itulah yang mengingatkannya dia seorang manusia juga. Wajah itulah yang menjadi penguat semangatnya untuk terus menjadi manusia. Bukan cold-hearter murderer semata-mata. Tenang sedikit hatinya. Raf membuka jaketnya dan diberi kepada Dahlia. Dahlia memahami tindakkan tersebut. Jaketnya yang sudah bertompokkan darah dibuka dan diganti dengan jaket Raf. Mereka berjalan seiringan keluar daripada bilik itu.

"Dia salah seorang Orion Knight. Intip kita untuk sabotaj perniagaan kita." Jawab Raf perlahan. Dahlia mengangguk kepalanya. Mereka terus pulang ke apartment kepunyaan Raf.

"Man! Baru habis kerja?" Tanya Azim ketika Raf dan Dahlia memasuki apartment. Dahlia melangkah malas kearah sofa dan menghempas dirinya keatas sofa. Keluhan kecil dilepaskan.

"Penat nampak,Ace?" Ujar Mike. Dahlia mengangguk kecil. Pistol dibelakang jeansnya dicampakkan ke atas meja kopi berhapan dengan sofa yang dia sandar.

"Gila tak penat? Dah la pagi tadi ada fashion show. Malam kena ikut Jake pergi hunter. Lama-lama boleh mati kepenatan aku." Rungut Dahlia. Mike dan Azim tergelak mendengar rungutan Ace mereka.

"Chill,Ace. Nak hilangkan stress tak?" Tanya Azim sambil mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sinis. Dahlia pantas menggelengkan kepalanya.

"Tak nak aku ikut korang. Bukan boleh percaya korang ni. Aku tak nak pergi ken,okey? Ingat. Aku bawah umur lagi." Pesan Dahlia. Dia tahu apa yang bakal dicadangkan oleh jejaka-jejaka dihadapannya.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now