Chapter 20

19.2K 743 5
                                    

"Okey,awsk ditempatkan dikelas 5A-1. Selamat menimba ilmu disini,ye?" Ujar seorang kerani yang memakai tag nama 'Laila'. Dahlia mengangguk sahaja.

"Oh. Ini student baru yang masuk kelas saya,ya?" Tanya seorang guru kepada Laila. Laila hanya mengangguk. Dahlia memandang guru yang berada dihadapannya kini.

"Assalamualaikum,Cikgu. Saya Dahlia Ariana." Dahlia memperkenalkan diri sambil tersenyum manis.

"Waalaikumusalam. Saya Cikgu Asmah,guru kelas kamu. Marilah. Kita ke kelas." Ajak Cikgu Asmah dengan senyuman manis menghiasi bibirnya. Dia hanya mengangguk dan mereka beriringan ke kelas. Setibanya dikelas,mereka memasuki kelas tersebut.

"Bangun. Selamat pagi,Cikgu Asmah." Ujar ketua kelas mungkin dan yang lain menurut.

"Selamat pagi,semua. Hari ini kita menerima seorang pelajar baru. Silaka. Perkenalkan diri kamu kepada kelas." Arah Cikgu Asmah. Dahlia mengangguk sebelum memandang sekeliling kelas. Matanya tertangkap pada raut wajah suaminya. Laa. Classmate aku la lepas ni. Hurm. Ngeluh Dahlia dalam hati. Matanya juga tertangkap kelibat empat daripada enam orang pelajar yang menegurnya tadi. Dayana yang memandang Dahlia tersenyum lebar.

"Ehh,Lea sekelas dengan kitalah."Bisik Redza dengan teruja. Danial juga kelihatan bersinar matanya.

"Ehem. Hai. Assalamualaikum,semua. Nama diberi Dahlia Ariana. Nama penuh panjang sangat. Umur saya 16 tahun. Birthday tak sampai lagi. Hurmm. Rasanya,cukuplah itu yang penting." Perkenalan ringkas itu disambut dengan sorakkan pelajar lelaki.

"Ada soalan?" Tanya Cikgu Asmah. Tiba-tiba,seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya dan berdiri.

"Status diri?" Tanyanya lantang. Pertanyaan itu disambut dengan 'boo' oleh pelajar lain. Dahlia tersenyum sumbing. Nak tipu ke? Hurm.

"Status saya adalan isteri orang." Jawabnya jujur. Tetapi,satu kelas tergelak sakan sahaja. Hurm. Aku jujur disangka tipu pula. Lantaklah. Dahlia tersenyum sahaja.

"Sudah-sudah. Kalau dibiarkan berlarutan,tak belajar kita hari ini. Dahlia? Kamu duduk disebelah pengawas hujung sana." Arah Cikgu Asmah sambil menundingkan jari kearah tempat duduk bersebelahan dengan tempat duduk Fayyadh. Dahlia mengeluh kecil sambil melangkah malas ke tempat duduknya.

"Sengaja cari nahas?" Tanya Fayyadh berbisik setelah punggun Dahlia mencecah kerusi. Nadanya jelas menunjukkan dia marah. Dahlia menjongket sebelah keningnya.

"Orang jujur je. Tu pun salah." Balas Dahlia juga berbisik. Fayyadh memutarkan bebola matanya.

"Hai,Dahlia. Aku Azam." Ujar Azam yang duduk dihadapannya. Dahlia memandang Azam sebentar sebelum menghadiahkan senyuman manis. Ish budak ni! Apa hal nak cakap-cakap dengan bini aku?! Nak ngurat lah tu. Bentak Fayyadh dalam hati.

"Weih. Cikgu tengah mengajar kat depan tu. Yang kau pandang-pandang belakang apa hal?" Tanya Fayyadh dengan nada yang mendatar sahaja. Dahlia pelik melihat perubahan sikap Fayyadh. Azam hanya menjeling Fayyadh kemudian memandang depan.

"Hihihi. Cute tengok Azam jeling macam tu." Puji Dahlia. Dia kemudian menerima jelingan maut daripada Fayyadh. Terus dia terdiam. Sesi pembelajaran dimulakan.

"Lea! Jom pergi kantin." Ajak Dayana. Dahlia yang ketika itu sedang mendengar penjelasan Fayyadh terus terhenti.

"Okey." Balasnya sepatah. "Haidar,kau nak rehat tak?" Tanya Dahlia kepada Fayyadh. Fayyadh hanya menggeleng.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now