Chapter 67

15K 698 54
                                    

"Raf!" Panggil Irwan setibanya dia di padang menembak itu. Raf menoleh diikuti Misya. Wajahnya berkerut melihat Irwan yang tercungap-cungap.

"Haa,Wan. Kena kejar serigala ke?" Tanya Raf sarkastik. Irwan menggeleng pantas.

"No! Bigger than that!" Raf menaikkan sebelah keningnya.

"Maksud kau?"

"Ada orang ceroboh pondok!" Jawab Irwan sekali lafaz. Raf masih beriak tenang.

"Siapa? Silver Rose? Or Ace?" Tanya Raf. Irwan mengangkat bahu.

"Itu aku tak sure." Raf mengangguk perlahan.

"Tapi," Raf mengangkat wajahnya apabila kata-kata Irwan tergantung.

"Tapi apa?"

"Aku tk rasa orang tu orang luar."

"Huh?"

"Kita pergi check sama-sama selepas ketibaan Zack." Cadang Irwan. Raf mengangguk setuju. Tetapi,otaknya ligat memikirkan siapakah gerangan yang telah menceroboh pondok mereka. Kedudukan pondok itu teramatlah terpencil. Hanya beberapa orang sahaja yang menghafal selok-belok hutan tersebut dengan baik sekali. Dan orang itu adalah dia sendiri, Jake, Zack, Irwan, Mike, Zaki, Ryan dan...

Aween. Entah kenapa nama itu boleh muncul dibenak fikirannya. Pantas kepalanya digeleng menghapus tanggapan itu. No! Tak mungkin! Aween dah meninggal 9 tahun lalu! Impossible!

"Kenapa,Raf?" Tanya Misya pelik melihat wajah Raf yang berkerut dari tadi.

"Huh? Err.. Nothing." Ujar Raf sambil tersenyum kecil.

************************************

"Aween?" Panggil Syasya. Mukanya jelas tak percaya dengan kehadiran orang itu. Darween tersenyum melihat wajah terkejut Syasya.

"Yes,I am. So..." Mata Darween tertacap pada wajah Farish dan Firash yang diikat pada sofa. "Are they my nephews?" Tanyanya.

"No." Bohong Syasya. Darween terus mendekati kembar itu. Setibanya dia dihadapan Firash,dia mengelus pipi anak itu.

"Get your hand off from him!" Marah Farish. Kata-kata itu tidak diendah oleh Darween. Dia terus mengelus pipi milik Firash. Firash pula memandang tepat kedalam mata hazel milik Darween.

"Who are you?" Tanyanya lembut. Darween tersenyum mendengar soalan itu.

"I'm your uncle. Mummy's brother." Aku Darween. Firash mengangguk.

"Uncle akan bawa kami berjumpa our Angel?" Tanya Firash lagi. Darween mengangguk sahaja.

"Yes,I will." Balasnya. Darween membuka ikatan pada pergelangan tangan kecil milik kembar itu. Syasya masih terkedu ditepi dinding. Entah kenapa,dia tidak boleh menggerakkan tubuhnya.

"Apa u dah buat pada I,Aween?" Tanya Syasya apabila melihat kembar itu didukung oleh Darween. Darween menolah memandang tubuh kaku Syasya.

"I letak ubat tegang dalam air yang u minum tadi. Urat u akan tegang selama sejam. Erti kata lain,u akan strok selama sejam. Tapi,kalau metabolism badan u kurang,ubat tu boleh membawa maut juga." Selamba Darween berkata-kata seraya melangkah pergi. Syasya terkedu. Dia tak mahu mati lagi.

"No! No,Aween! Aween! Let me go!" Jeritnya. Malangnya, Darween sudah jauh daripada apartment Mike itu. Syasya menangis teresak-esak. Dia takut akan mati. Dia tak mahu mati sekarang.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now