Pagi itu,seusai solat subuh berjemaah dengan Fayyadh,Dahlia menuruni tangga menuju ke meja makan. Kelihatan Mak Som sudah berada di situ sedang menyusun balang-balang jem.
"Morning,Mak Som!" Sapa Dahlia sambil tersenyum lebar. Mak Som membalas senyumannya. Dahlia ingin membantu Mak Som menghidangkah nasi lemak,tetapi dihalang oleh Mak Som.
"Jangan. Nanti kotor baju sekolah. Hari ni kan hari pertama sekolah." Halang Mak Som. Tetapi,Dahlia hanya buat acuh tak acuh sahaja. Dia meneruskan niatnya. Tak lama selepas itu,seisi rumah memenuhi ruang makan. Fayyadh mengambil tempat disisi Dahlia. Dahlia sedar akan tali leher Fayyadh masih belum diikat. Pantas dia mencuit Fayyadh agar memandangnya.
"Tie tak diikat lagi? Mari saya tolong ikatkan." Tawar Dahlia sambil tangnnya ligat memutarkan tali leher Fayyadh. Setelah siap,Fayyadh tersenyum sahaja melihat Dahlia.
"Thanks,sayang." Ujarnya sambil mencium pipi Dahlia. Dahlia menolak muka Fayyadh. Mukanya terasa berbahang apabila adegan tersebut dilihat oleh semua. Sebuah cubitan dihadiahkan buat suami 'terchenta'.
"Agak-agaklah. Depan orang kot." Ujarnya sambil mukanya masih memandang bawah. Fayyadh gelak terkekek-kekek melihat wajah Dahlia yang merah. Datin Maya tersenyum melihat anak dan menantunya yang mesra.
"Agak-agak,dik. Nak pergi sekolah lepas ni." Ujar Raziq menyakat.
"Ouh ya. Ana pergi sekolah naik apa?" Tanya Dahlia. Terfikir akan hal tersebut. Ryan pantas mengambil peluang ini untuk mendekati Dahlia.
"U naik dengan I. I boleh hantarkan u." Dia menawarkan diri. Dato Rafiq mengangguk setuju. Dahlia sudah mula terasa seperti cacing kepanasan. Tidak selesa dengan tawaran itu. Dia sebolehnya ingin menjauhkan diri daripada Ryan. Dia tahu niat Ryan.
"Tak apalah Ian. Susahkan je. Biar Kak Rina hantar. Alang-alang satu jalan." Rina,isteri Raziq menawarkan diri. Dia perasan ketidakselesaan Dahlia. Dahlia menghembus nafas lega.
"It's okay,Ryan. I tumpang Kak Rina." Setuju Dahlia. Ryan mengeluh kecil. Hilang peluangnya. Kacau daun betullah Rina ni. Bentak hatinya.
"Bagi air." Minta Dahlia. Fayyadh mengambil susu Dan memberikannya kepada Dahlia. Pada masa yang sama juga Ryan menghulurkan jus oren. Dahlia menjadi serba salah. Nak ambil daripada Fayyadh,susu pula. Nak ambil jus,daripada Ryan pula. Dia berbelah-bahagi. Tetapi tangannya perlahan-lahan menyambut huluran Ryan.
"Thanks." Ujarnya perlahan. Fayyadh menarik kembali susu yang dihulurnya. Ryan tersenyum menang.
"Lea tak minum susu. Nanti dia muntah. Tambahan lagi,susu HL. Memang dia tak boleh." Ujar Ryan. Sengaja dia ingin menunjukkan yang dia begitu mengenali Dahlia. Fayyadh mengetap bibirnya. Dia bangun daripada kerusi dan pergi ke pintu utama. Dahlia tersentak melihat perbuatan Fayyadh terus mengejarnya daripada belakang. Melihat keadaan itu,Ryan tersenyum menang. Padan muka! Ujarnya dalam hati. Dia makin nekad untuk mendapatkan Dahlia.
Dahlia berlari mendapatkan Fayyadh yang sedang menaiki motorsikalnya.
"Haidar! Wait!" Laungnya. Fayyadh tidak mengendahkan Dahlia sehinggalah Dahlia memegang tangannya. Fayyadh memandang Dahlia dengan tajam.
"Apa?! Aku dah lambat! Nak explain nanti." Ujarnya dingin.
"Jap jap. Bagi tangan kanan kau." Pinta Dahlia. Fayyadh mengerutkan dahinya. Dahlia tak fikir lama,dia terus menyambar tangan kanan Fayyadh dan dikucupnya. Bagaikan air sejuk yang menyimbah ke atas api kemarahan Fayyadh. Fayyadh kembali tenang. Pantas dia mengucup dahi Dahlia.
YOU ARE READING
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
RomanceDAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasu...