Chapter 25

18.4K 756 14
                                    

"Apa hal dengan Fayyadh tu? Moody semacam me aku tengok." Komen Dayana. Dahlia mengangkat muka memandang Fayyadh yang berada di tempat Redza.

"Entah. Apa kata,kau pergi tanya dia sendiri?" Cadang Dahlia. Dia sebenarnya malas hendak melayan Dayana. Hatinya sedih apabila Fayyadh tidak tidur bersamanya dibilik mereka samalam. Fayyadh tidur di bilik tetamu do tingkat bawah.

"Cikgu datang!" Laung Kamal. Semua pelajar bergegas ke tempat duduk masing-masing.

"Selamat pagi,Ciku Asmah." Ujar Aqil sebagai ketua kelas. Mereka mengikut kata Aqil. Kelihatan seorang pelajar lelaki juga baru masuk. Mike?! Membulat mata Dahlia apabila melihat Mike di situ.

"Okey,class. Sebelum mulakan,saya perkenalkan seorang murid baru. Sila perkenalkan diri kamu." Arah Cikgu Asmah. Mike mengangguk. Pandangannya memerhati sekeliling kelas sehingga matanya tertacap pada raut wajah yang dikenalinya. Ace?! Lamunannya terhenti apabila Cikgu menegurnya.

"Maaf. Selamat pagi,semua. Nama saya Muhammad Zarif Mikhail bin Anuar. Sebelum ini saya bersekolah di California. Pindah ke sini atas permintaan bos besar. Ada apa-apa soalan?" Mike memperkenalkan dirinya. Mungkin pada pemikiran semua,bos besar yang dikatanya adalah bapanya. Tetapi tidak Dahlia. Dia faham itu atas arahan Raf! Tak cukup Jake,kau hantar Mike pula? Kau memang sengaja cari masalah,Raf! Bentak Dahlia dalam hati.

"Awak selesa kami panhgil awak apa?" Tanya Intan dipenjuru hadapan kelas. Suaranya menyentakkan lamunan Dahlia. Baru dia sedar Mike sedari tadi memandangnya.

"Terpulang. Semua boleh. Kecuali,Mike. Hanya orang tertentu sahaja boleh panggil saya dengan gelaran itu." Jawab Mike tenang. Matanya masih mencuri pandang Dahlia. Fayyadh sedar keadaan itu. Fayyadh several bangun.

"Aku cadangkan kau jaga pandangan mata kau. Jangan asyik usyar perempuan saja." Tegur Fayyadh lantang. Dahlia tersentak."Bukan aku tak sedar kau asyik pandang perempuan sebelah aku ni aje." Tambahnya lagi. Kemudian,dia duduk kembali. Dahlia membulat matanya.

"Ouh,maafkan saya. Bukan salah saya jika mata saya teringin melihat ciptaan yang indah itu. Sukar rasanya untuk mengelakkan keinginan hati untuk terus memandangnya." Balas Mike selamba. Rahang Dahlia terasa jatuh. Berani gila! Puji Dahlia.

"Okey la,Zarif. Kamu boleh duduk di meja kosong sebelah sana." Arah Cikgu Asmah. Mike mengangguk lalu mengorak langkah ke tempat duduk yang dikatakan oleh guru kelasnya tadi. "Okey. Kita sambung pembelajaran kita hari ini." Sesi pembelajaran dimulakan.

"Handsome la Zarif tu. Sayang dia suka kau." Rungut Syasya kepada Dahlia. Dahlia mengangkat sebelah keningnya.

"Kau nak dia? Pergi tackle dia. Aku tak heran pun." Balas Dahlia dengan muka selamba badak airnya. Syasya memuncungkan bibirnya sambil berfikir sesuatu.

"Haa,Dahlia?"

"Apa dia?" Sambut Dahlia malas.

"Apa nama penuh kau ye? Dari dulu,seorang pun tak tahu nama penuh kau." Tanya Syasya. Soalan yang membuatkan Dahlia mengerut dahi.

"Kenapa kau sibuk nak tahu?"

"Salah ke? Pelik je dengan kau ni. Kau macam tak kesah pun dengan pemakaian kau. Lagi pun,muka kau iras Lea Allana. Sebab tu aku pelik. Satu sekolah kecoh pasal tu." Terang Syasya. Dahlia mengangguk kecil.

"Memang iras ke? Cuba aku tengok sikit siapa Lea Allana tu. Aku mana kenal model-model ni." Dalih Dahlia. Thanks to Zack.

"Kau tak kenal dia?! Dia popular seentro Paris,tahu?!" Marah benar Syasya dengan sikap Dahlia yang acuh tak acuh.

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Where stories live. Discover now